Macamana Jurugambar NatGeo Ambik Gambar Pokok Redwood Setinggi 300 kaki @ 91 meter.

Kekadang aku terfikir, macamana aku nak ambik gambar sesuatu benda tu, kalau ia terlampau besar, atau tinggi? Sudahlah tinggi, rapat pulak tu, macam kes pokok yang di ambik oleh Michael Nichols, seorang photographer NatGeo.

Teknik sambung² @ photomerge gambar memang dah menjadi satu teknik yang paling sesuai, sebabnya, mana nak cari sensor yang bleh muat sebesar pokok tu? kalau pakai large format (filem) pulak satu hal, paling² besar digital sensor (kalau tak silap aku) didevelop sendiri oleh Mitchell Feinberg. Mau ke Feinberg bagi pinjam? takde nyee...

Banyak kerja yang terlibat dan kena buat untuk dapat gambar ni, kena mintak kebenaran majlis perbandaranlah, perhutanan lah, (hahahaha!) dan macam² lagi perancangan. 

So, tugas mengambil gambar pokok Redwood 300 kaki di California Utara ni, dia gunakan 3 biji Canon 1Ds Mark II, beberapa pocket wizard, pastu dia rig kamera kat custom dolly, setiap satu gamba tu ambik masa selama sejam, total² team dia menggunakan masa selama 18 hari. Di bawah ni aku sertakan video behind the scene (BTS) mcmana dia buat kerja secara ringkas. Nak lebih detail sila lepak minum dengan Michael Nichols.




1. Untuk gambar saiz penuh klik sini (keseluruhan pokok)
2. Untuk gambar saiz penuh klik sini (close-up)

(source : Fstoppers)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...