Projek Analemma!

Aha~

Kelmarin, aku baru dapat info dari partner aku. Partner aku ni suka search benda pepelik, pastu nanti dia citer kat aku. Kali ni dia cerita pasal Analemma. Sheet, ape menda tuh? Meh aku share sikit. Interesting yo!

Sudah bertahun-tahun aku perhatikan kedudukan matahari terbit kat bukit rumah aku. Ini adalah kesan daripada dapat mimpi matahari terbit dari Barat. Selepas aku perhati selama beberapa tahun. Aku perasan yang matahari tak naik pada tempat yang sama! Betul ke mata aku ni? Contoh la.. aku tengok hari ni matahari naik kat jurang bukit, 5 bulan lepas tu ia akan naik kat puncak bukit yg di atas jurang tu pulak. Hmmmm.... 

OK, sebenarnya, ini adalah kesan daripada penyengetan bumi ke atas matahari, yakni, mengesahkan bahawasanya (bahasa... hahahaha) teori graviti tu betul la hehehehe... Jadi, sekiranya aku mengambil / merakam gambar matahari pada pukul 8.00 pagi, di tempat yang sama, setiap hari ( ikut la, sebulan 10 kali ke, 2 kali ke), dan aku rakam selama setahun, kemudian, aku tindih² gambar ni sekaligus, bukit pokok bangunan semua akan berada pada tempat yang sama manakala matahari akan membentuk seperti nombor 8! Check imej di bawah!

Kiri: Imej oleh Vasilij Rumyantsev, Crimean Astrophysical Observatory
Kanan: Imej oleh Anthony Ayiomamitis, Greece.
" Tipulah Hadi Nor ni! Matahari macamana bleh bulat mcm tu! kan dia ada sinaran semua tu? " OK² jangan rasa pelik. Bagi anda yang bukan jurugambar, matahari memanglah tak nampak bulat mcm tu kan? tapi dengan pakai filter dan beberapa setup pada gears (kamera), matahari memang nampak macam tu. Dan selepas gambar² ni dirakam, gambar taklah sejelas ini, jurukamera akan ambik gambar yang paling baik untuk menampakkan keadaan sekitar, kemudian jurukamera akan pilih matahari saja, ditempek atas satu gambar, untuk menampakkan fenomena Alanemma ni. Kalau sebijik je matahari dalam gambar camne nak nampak bentuk 8 tu kan? kan? kan? =)

Imej oleh Dennis di Cicco, Sky And Telescope.
Subhanallah.. Cantik kan ciptaanNya? Aku nak ada gambar Analemma sebab sebagai jurugambar, dan hidup sekali aje, aku nak tengok sendiri ngan mata aku fenomena ni. Apa guna jadi jurugambar tapi ada peluang tak kejar, hehehhe...

Jadi, selepas teruja dengan informasi ni, aku pun nak buat satu! Bukan apa, kejadian macam ni barulah best nak dicapture ngan kamera! Apa... ingat aku cuma suka ambik gambar model saje? Skang aku nak stadi deeper untuk projek ni. Jadi... lagi setahun aku bagi tengok gambar Analemma aku ye! =D

p/s : boleh dapatkan informasi tambahan di link ini, baca sendiri. Kalau tak paham, cari kamus! :

http://www.perseus.gr/Astro-Solar-Analemma.htm
http://www.analemma.com/Pages/framesPage.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Analemma

Pabila Annie Leibovitz Bermimpi Dengan Walt Disney

Ehem.

Aku tak sabar nak update blog ni sebab aku baru jumpa satu kerja best dari Annie Leibovitz! (padahal da lama... 2007 tu. Isk... heheheh..), aku baru jumpa masa belek magazine lama kat opis. Aduhai... terkesima gua!

OK, dah dah. Aku nak share sikit pasal kerja Annie yang satu ni.. Pada 2007, Walt Disney memerlukan imej bagi mempromosikan Disney Park, bertemakan "Year of a Million Dreams", jadi... Annie pun shootlah seperti apa yang diminta oleh client dia. Most of the characters Disney yang dipilih, akan disesuaikan dengan artis dan orang femes dalam dunia hiburan dan sukan! Dia sesuaikan karektor sebenar mereka sesuai dengan karektor dalam kartun Disney, alahai... sukanya aku kat kerja dia ni!!!

Jom tengok! =)

-----------------
" Where every Cinderella story comes true. "
1.
Cerita : Cinderella
Watak : Cinderella
Personaliti : Scarlett Johanssen

------------------
" Where imagination saves the day. "
2.
Cerita : Beauty And The Beast
Watak : Prince Phillip
Personaliti : David Beckham

------------------
" Where wonderland is your destiny. "
3.
Cerita : Alice In Wonderland
Watak : Alice, White Rabbit, Mad Hatter
Personaliti : Beyonce Knowles, Lyle Lovett, Oliver Platt

------------------
" Where your every wish is our command. "
4.
Cerita : Aladdin
Watak : Genie
Personaliti : Whoopi Goldberg

------------------
" Where a whole new world awaits. "
5.
Cerita : Aladdin
Watak : Jasmine, Aladdin
Personaliti : Jennifer Lopez, Marc Anthony

------------------

" Where you never have to grow up. "
6.
Cerita : Peter Pan

Watak : Wendy Darling, Tinkerbell, Peter Pan
Personaliti : Gisele Bundchen, Tina Fey, Mikhail Baryshnikov

------------------

" Where dreams run free. "
7.
Cerita : Pocahontas
Watak : Pocahontas
Personaliti : Jessica Biel

------------------
" Where you're the fairest of them all. "
8.
Cerita : Snow White And The Seven Dwarfs
Watak : Snow White
Personaliti : Rachel Weisz

------------------
" Where the magic begins. "
9.
Cerita : Pinocchio
Watak : Blue Fairy, Apprentice Fairy
Personaliti : Julie Andrews, Abigail Breslin

------------------
" Where you're always king of the court. "
10.
Cerita : King Arthur
Watak : King Arthur
Personaliti : Roger Federer

------------------
" Where another world is just a wish away. "
11.
Cerita : The Little Mermaid
Watak : Ariel, Merman
Personaliti : Julianne Moore, Michael Phelps

"Where romance is celebrated. "
12.
Cerita : Sleeping Beauty
Watak : Prince Phillip, Princess Aurora
Personaliti : Zac Efron, Vanessa Hudgens

------------------
" Where a moment of beauty lasts forever. "
13.
Cerita : Beauty And The Beast
Watak : The Beast, Belle
Personaliti : Jeff Bridges, Penelope Cruz

------------------
" When magic speaks, even when you're not the fairest of them all. "
14.
Cerita : Snow White And The Seven Dwarfs
Watak : Spirit of The Magic Mirror, Evil Queen
Personaliti : Alec Baldwin, Olivia Wilde

------------------
" Where memories take hold and never let go. "
15.
Cerita : The Little Mermaid
Watak : Ursula
Personaliti : Queen Latifah

------------------

Orait. Tu la kerja si Annie Leibovitz ni. Dah lama sebenarnya, aku baru jumpa. hahahaha! Macam² yang diorang try matchkan dengan "real" world. Macam si Michael Phelps as swimmer dari Australia, Roger Federer as King Arthur, Rachel Weisz yang memang putih.. kena la ngan Snow White. Aku ada tengok² lagi kat internet dan ada lagi dalam series ni, cuma aku musykil. Ye ke pada tahun yang sama atau remake? 

Takpe lah. Korang pilih la yang mana korang suka, aku suka no.1 ngan 14, Cinderella!!!! Olivia Wilde!!!! =D 

Soalan Cepumas : "Saya Nak Beli Kamera. Kamera Apa Yang Best Eh?"

Oyeah.

Ini adalah soalan cepumas yang selalu aku dapat : "Saya Nak Beli Kamera. Kamera Apa Yang Best Eh?"

Well (ceh poyo, tampar kang?) ... susah sebenarnya soalan ni. Silap jawab, aku jugak yang disalahkan nanti. So nak playsafe, aku bagi la link Ken Rockwell. Hehehehhe.. tak lah. Orait. Aku tak sure kamera apa yang best sebenarnya. Kamera yang paling best skang ni pada aku adalah kamera aku sendiri, Nikon D80. Woohoooooo!!!!

Jangan la marah. Bak kata Chase Jarvis, "the best camera is the one that's with you". Pesaipa dia habaq lagu ni???? Chill. Jangan la melenting. Bagi seseorang yang dah terer macam dia, mesti la ada sebab kenapa dia kata macam tu. Betoi dak? Sebabnya, pada hemat dia, kamera yang terbest adalah kamera yang bleh capture bilamana anda mahu. Contoh laaa.... anak ke, adik ke, kawan baik anda tengah hepi dapat hadiah, time tu yang ada kamera henpon je. So? dari anda tak dapat simpan memori tu, takde rotan akar pun jadi la ye dak? Sekarang, kamera henpon tu best tak? =P

Besok² anak korang dah besar, aku nak tunjuk gambar ni, "haa tengok bapak korang, ni masa korang umur setahun dua, main game kat warung je!" - kalau takde kamera henpon, takde la kenangan mcm ni! =)
Sekadar boleh merakam, kamera henpon dah memadai !=)
Sebenarnya, jangan mudah tertipu dengan memacam cadangan, pandangan, bla bla bla. Sometimes, anda pergi ke kedai kamera dan tanya, diorang akan suggest few models, which is, mungkin model tu susah nak dijual. Maka terpedayalah anda dengan keringanan model tersebut, kesenangan menunya, bla bla bla malas aku nak state ayat goreng tak hangus peruncit tak jujur tu. Here, I'll share with you few tips to how to get the best camera for you. Yeah, I'm not so-called pro to tell you all this thing but, whadehel? I'm just sharing!

Sebelum membeli kamera, cuba pastikan few things seperti di bawah:

1. Pastikan kegunaan dan fungsi bakal kamera tersebut.
OK, anda beli kamera sebab nak tangkap gambar kengkawan makan reramai kat Secret Recipe, atau ambik gambar sendiri semasa harijadi adik angkat, atau, ambik gambar kawan² dalam kursus. Nanti balik je lepas snap leh share² ngan kawan sambil² burn dalam CD pastu diorang bayar la RM3 - RM5. Kos burn CD dan tertonggeng terlompat masa shoot.

Zaman belajar main kamera, D40 je masa ni. OK la tu! 
Fungsi sebegini tak perlulah beli mid-range punya kamera yang harga dah jejak RM3000. Bukan lah tak penting, tapi rugi. Banyak function yang anda tak guna nanti. Tak ke rugi? Setiap teknologi yang disertakan dalam sesuatu model kamera mempunyai harga yang anda bayar. Jadi, anda bayar fungsi yang anda sendiri tak pakai, rugi rugi..

Kebanyakan peminat foto beli kamera sebab kena racun ngan member. "Kau beli la D90, bleh amik video." Ye lah kau. Setakat nak rakam je tanpa kepentingan estetik yang tinggi, sampai hati kau sajes member tu model sekitar RM2500 - RM3000. D5000, D3100 pun dah ok pe? Isk.... kejam kejam. Hehehhe...

Setakat nak belajar, berjinak², sebuah kamera sekitar RM1800 - RM2300 pun dah memadai. Nak kenal basic function dulu, buat apelah spend bebanyak. Kang passion tu ke longkang, salahkan kamera tak hebat. Aduhai kawan, kamera tu ikut kemampuan dia yang terbatas sahaja, kemampuan anda yang tak terbatas tu sekali sekala (selalu pun bagus) dipersalahkan, ada jugak hasilnya =)

2. Tahu jenis kerja yang mahu dilaksanakan (bagi yang serius nak main kamera)
Ni satu lagi fi'il. Ye, saya faham bebenar kehendak dan citarasa tinggi anda terhadap kualiti dan keupayaan anda pada sesatu model kamera. Tapi, ketahuilah bahawa bukan semua gambar anda bakal terpampang di billboard tepi highway. Kebanyakan takkan diprint lebih besar dari A3. Jadi apakah relevannya berkejar nak beli fullframe? Lainlah anda nak buat stock photo, itu lain kisahnya.

Sesetengah kamera digital tidak mampu memuaskan kehendak seorang jurugambar. Kamera filem la jawapnya...
Sekiranya anda peminat landscape, fullframe boleh laaaa memenuhi kehendak anda. Sekacaknya, satu large format barulah secocok dengan landscape. Alang² menyeluk pekasam bak kata orang tua. Mungkin anda memerlukan kamera yang pantas, tuntas, dan cergas, untuk tugasan kewartawanan. Maka, belilah jenama famous dalam kewartawanan harian, Canon. Wartawan pun bawak 50D je pegi buat assignment. Ye la, kalau la tiba² kena pukul ke, ape ke, takde la rasa ralat bawak 1Ds Mark VI dia tu. hehehe..

Pastikan apa format persembahan terakhir gambar anda tu. Kalau berhajat nak terpampang dalam magazine, cubalah dapatkan sebaik kamera yang sesuai. Ada je gambar 1000D Canon dan D40 keluar magazine. Hasselblad pun ada yang tak menang dalam POTY2010. Camera is just a tool bro!

3. Cuba dahulu kamera kawan².
Ni cara paling senanglah. Tak lah 100% reliable. Tapi dah terbukti pun. Dalam group Nikon, tetiba ada sorang budak Canon. Sudahlah bergear asas, memang tak merasalah nak tetukar lens. Sebab apa bleh beli Canon? Kedai cakap Canon lagi murah. Dah satu hal... pastu mengadu function Nikon senang. Sape suruh ikut kedai? Mungkin lepas test test kamera kawan, pastu beli sama jenis, at least proses nak belajar tu senang sikit.

Contoh laa... contoh..., anda cuba² jinak ambik job, besday anak member. Anda baru je main kamera. Shoot punya shoot, gambar gelap gak. "Member aku cakap, adjust shutterspeed atau aperture.". Maka si fulan pun call la member dia...

"Halo? Abu, apsal gelap eh? aku dah ekjas shutterspeed ngan aperture, gelap gak."

"Kau adjust ISO tak?"

"ISO tu ape?"

"Kau cari button ada tulis ISO, pastu tekan, pastu adjust la kat dial button."

"Yang mana ni?"

"Eh kau pakai kamera ape?"

"Sony"

Dah satu hal... kalau sama jenis, senang juga la nak cerita kan? Tu contoh laa... Semasa nak belajar ni, kurangkan lah ketaksamaan dalam grup yang anda join, bukan apa, banyak benda nak diingat sebelum biasa dengan memacam button dan fungsi. Belum masuk bab basic seni lagi. Adui laaa... cecuba cecuba, ok? =)

4. Ikut bajet anda, bukan bajet kawan anda.
Dah tu sapa yg nak pakai kamera ni? Pian kata beli D300s, duit ada la RM2300. Pian kata D300s ni bagus. Memanglah bagus. Sape cakap tak bagus? Dah tu bajet ada banyak tu je, nak pulak baru belajar. D300s terus. Jangan macam tu. Sayang sungguh uang tu. Nanti tak sempat khatam, minat dah khatam dulu. Naya. Orang berniaga kata, berkembanglah bisnes melalui permintaan, bukan melalui kehendak sendiri. 

Ikut rasa binasa, ikut hati mati. Harga da macam Myvi Lagi Best menatang ni! Hasselblad H4D-40 tak silap aku.
Memula beli je D40, pastu up sket D90. Pastu D300s, pastu sukati laaa da terer dah masa tu. Job pun da memacam, ye la business card pun da habis edar. Sudahnya, kena beli Hasselblad atau Phase One sebab dapat job baik punya ngan chartered company! Rezeki belajar slow²! =)

Maka macam tu la serba sedikit cadangan aku. Yeah. Bukan cadangan terbaik. Tapi daripada tak bagitau orang the realistic reason, baik aku share apa yang aku tahu ye dak? Seriously, takde kamera yang tak bagus. Semua kamera bagus. Macamana kita mengendalikan dan memaksimakan sebaik mungkin, tu yang menentukan bagus ke tak..... diri anda. hehehehe..

Okeh, selalunya bila aku dapat soalan "Saya Nak Beli Kamera. Kamera Apa Yang Best Eh?"

Aku akan jawap : " Kau rasa? " =)

*nota : penulis tak bertanggungjawab sekiranya selepas ikut tips ni, anda masih tak puas hati dengan kamera anda. Kamera Didahulukam, Gambar Diutamakan. Choyyyyy!!!!!

Favourite Videoclips ( For Reasons)

Favourite Videoclips ( For Reasons)

Kali ni aku nak share something about videoclips. Yup, aku memang suka videoclips, sebab dari kecik mak aku, akak aku, suka bukak video, sambil² diorang kemas rumah. Kalau arwah mak aku, dia bukak lagu hindustan. Kalau akak aku, dia bukak lagu² zaman remaja dia la, macammmm.... Paula Abdul - Rush Rush. So kesukaan melayan videoclip ni lama² melekat dalam perangai aku, why? Lama² aku findout some meanings dari lagu, diterjemahkan dalam bentuk visual (which is, deria kita memang mencari input dan bila mata ngan telinga menerima serentak, ia lebih effective, apa aku ngarut nih? hahahaha!)

Aku tak ingat semua video yang aku suka, sebab aku dah collect dulu tapi hard disk aku kaput!. Jadi mana yang aku ingat ni laaa aku share k? Tak suka? Pheduli hape aku, ni blog aku! hahaahahah!

----------


1.
Director : Chris Cunningham
Artist : Bjork
MV : All Is Full Of Love


Sepasang robot sejantina yang ada perasaan, making love. Weird? Hell no. It's about love, so daripada dia portray manusia, baik dia complicatedkan video ni dengan menggunakan robot, pulak tu lesbian, agar lebih komplikated. Basic dia, it's just about love. But aku suka perasaan yg pelik tu bila tengok video ni. The lightings, the colors, the cinematography, it's really digging up my feelings thru this video. The way everything disusun, diadun, tak terasa this is a videoclip. Superb! Actually, ni video faveret aku. heheheh!

----------



2.
Director : Michel Gondry
Artist : Chemical Brothers
MV : Star Guitar

Kereta api yang bergerak. Pastu sekeliling pun ada pokok, tiang, bla bla bla. Bosan gila. Camni kata best? Takyah la Hadi oi.....Gua balik kampung naik KTM pun leh tgk menda camni. DEM. Kalau korang kata camtu, sedih beb. Sebab? Satu, Michel Gondry ni yang first buat efek Neo elak peluru dalam Matrix tu (cari la iklan vodka ke ape tah, aku lupa) dan salah satu director yang terer, Dua, Chemical Brothers tu bro, tak kenal? OK takpe. Moh aku citer pasal video ni. Video ni korang dengar lagu tu, then pemandangan tu as "visualizations", which is, kalau ada bunyi drum 3 kali, tiang tu akan keluar 3 kali. Bunyi bass drum 2 kali plak, 2 bijik rumah melepasi pemandangan. Cuba korang tengok bebetul. =)

----------


3.
Director : Grant Gee
Artist : Radiohead
MV : No Surprises

Satu video bajet dari band Radiohead yang aku rasa.... Aku rasa agak best. Sebab aku leh belek ketidaksimetrian muka si Thom Yorke. Dari telinga, mata, gigi, hidung... ahahhahahaha! Pelik aku mamat ni! Walaupun ketidaksempurnaan ini memang jelas ya amat, tapi dia ngan selamba buat ini sebagai videoclip. Satu dunia tengok ketidaksempurnaan ini. Aha! ape tah punya konsep! Jangan harap ada benda lain dari videoclip ini ok? Memang direct shots muka dia saje, pastu air naik penuh, pastu kosong balik. Tu je. Khas untuk anda menatap wajah dia. Zzzzzttttt!!!

-----------



4.
Director : Michel Gondry
Artist : Chemical Brothers
MV : Let Forever Be

Aku dah kata, Michel Gondry ni terer. Director yang terer. Lagi skali video dari Gondry + Chembros jadi pilihan hatiku. Ini "Umpama Mimpi Dalam Mimpi" yang sebenar. Jangan cuba track apa yang berlaku sebenarnya sebab nanti korang pening kepala. Tak sure si Gondry ni makan apa sebab camne tah dia fikir menda² camni. Gondry femes dengan videoclip yang pakai efek berteknologi rendah. Berbanding dengan apa yang patut ada zaman tu, sepatutnya ia lebih hebat, but whaddehel, ini pun da cukup hebat yaw!

-----------



5.
Director : Michel Gondry
Artist : Kylie Minogue
MV : Come Into My World

Hehehehe... Gondry lagi. OK, korang kena paham... aku tgk MV bukan la dari pengarah dulu, aku tengok video dulu. Then cari sape tuan direktornya. So skang, Gondry lagi. Jangan le salahkan aku ok? Hahahahha! Korang tengok la sendiri, camne aku tak suka. Yeah, even da banyak yang macam ni, (REM - Imitation of Life, Greenday - Basket Case) tapi diorang statik satu frame, yang ini rotation of 360 beb! hahahha! Jangan tengok Kylie aje ok? Tengok orang² kat belakang tu sekali, then cuba la fikir mcmana dia susun semua tu. Gua rasa Gondry hisap gam masa buat ni.. hahahahah!

-----------



6.
Director : Michael Panduro
Artist : HIMSA
MV : Unleash Carnage

First, perlahankan volume speaker kalau korang bukan kaki metal. Ni nampak je orang main tennis, tapi sebenarnya videoclip metal weh! Hahhahahaha! Mungkin diorang da boring asik buat videoclip ganas, so kali ni main tennis lak. Even ada la sket efek² yang tak cukup realistik but, new ideas bro! How many videoclip metal yang cenggini? =)

-----------



7.
Director : Phil Harder
Artist : Incubus
MV : Drive

Ala... takde pe pun videoclip ni. Aku just suka dengan penerapan idea diorang dari "Drawing Hands" oleh M.C. Escher dan Gerrit van Dijk dari "I Move, So I Am" (Holland, 1997). Selain daripada membuatkan gadis² tergilakan si vokalis jambu, Brandon Boyd, video ni tak banyak pun bestnya. Aku suka sebab interior building ni yang mengingatkan aku kepada background stage konsert Muse (aku lupa konsert mana), bangunan muzium Yahudi, dan mood video ni sendiri. Lagipun, ni blog aku kan? Sukati la aku nak suka ape. hahahah!

---------



8.
Director : Spike Jonze
Artist : Fatboy Slim
MV : Weapon of Choice

Spike Jonze ni terer gak. Aku tengok banyak video dia mostly something yang subtle, chill. Tak pening² but conceptualization, strong. Cuba layan Weezer - Island In The Sun, Chemical Brothers - Elektrobank, atau Bjork - It's Oh So Quite. Tu kerja² si Spike Jonze. Suka betul dia main tone colors untuk impak tambahan. Well, macam biasa je kan? tapi pada aku best. Mostly nama² besar akan cari directors yang terer² ni sebab susah nak padankan mood lagu dan video. Videoclip Malaysia? Ada yang ok. Sabar la. Layan dulu Spike Jonze!

-----------



9.
Director : (tak jumpa)
Artist : Muse
MV : Butterflies And Hurricanes

Tension betul aku cari sape director dia. Muse ni banyak videoclip dia yang best. Tapi aku suka yang ni sebab kolaj² dia tu. Agak best la.. banyak je yang buat camni tapi yang ni simple, masuk ngan lagu. Muse banyak video yang mengikut feelings lagu, macam Unintended, Hysteria, Starlight, dan banyak lagi. Unintended tu best, slowmo yg ada distortion. Korang pilih la mana korang suka. Banyak lah!

-----------



10.
Director : Stéphane Sednaoui
Artist : Bjork
MV : Big Time Sensuality

Berdiri di belakang trak panjang, pastu nyanyi feeling sorang² dengan penuh perasaan, meredah trafik di tetengah bandaraya New York. Simple. Tapi yang aku suka pasal makcik ni, macamana dia project emotions true facial expressions, muka kekerut, kalau happy, lelompat. Padahal belakang trak aje???? Well, how many times korang cuba rasa emosi dan projectkan ia melalui fizikal? =)

-----------

So, tu la serba sikit videoclips fav aku. Ada banyak lagi yang aku tak ingat. Gila pe nak listkan semua? Kang korang gak yang menyampah. But frankly speaking, aku suka video² ni sebab it's like, a finished artwork. Bunyi boleh sampaikan macam² perasaan, tapi aku nak tau dari sudut pencipta muzik tu sendiri. Videoclips @ music video IS a finished product of a song (pada aku lah).

How about you? =)

Book Or Magazine?

Book Or Magazine?

Di antara dua sumber rujukan tu, yang mana satu patut anda ada dalam simpanan?

" Buku ke majalah ni... duit ada singgit lapan je ni. "
Simple. PASTIKAN APA YANG ANDA INGINKAN DARINYA. Why? Let see.

Buku:
The reason why people buying a book, sebab ada ilmu yang tegar sepanjang masa di dalamnya. Buku juga selalunya lebih details, lebih intricate, dan maklumat di dalamnya tegar untuk menjadi bahan rujukan. Bukan untuk sehari dua, tetapi bertahun lamanya. Pernah lihat simpanan buku dalam opis² bos beso dan most lecturers, or sesapa aje la yg da tua² sket. Diorang tak baca buku tu sentiasa, tetapi bila ada something yang memerlukan penerangan atau back to roots, diorang akan cari dalam buku² tu. Kita taklah mampu menyimpan semua maklumat, tapi kita boleh ingat kita pernah baca maklumat tu. =)

Buku pula sepatutnya bervariasi dalam pelbagai jenis lah, to broaden your perspectives. Tak semestinya anda peminat automotif, anda tak boleh beli buku cara-cara menanam lengkuas dengan betul, kan? Aku suka tengok cerita "Lemony Snicket : A Series Of Unfortunate Events" , adik dia yang lelaki tu solve problems dari pengalaman dia membaca buku. Dan sebagai orang Islam, Al-Quran adalah buku yang terbaik untuk apa jua permasalahan. 

Contoh : Ayam dulu atau telur dulu? Mesti la ayam. Sebabnya, dalam Al-Quran da kata manusia dicipta dari setitis mani kemudian bla bla bla, sempurnalah seorang manusia, bukan bayi? Abis kalau bayi, sape nak jaga, bagi susu, etc etc etc?? Kalau telur dulu, buatnya jatuh ke, kena telan ngan biawak ke, tak ke naya? So, reasons why we have to keep a book, sebab kita akan refer balik dari masa ke semasa. =)

------------

Majalah:
Sekarang ni, berapa kerap anda beli magazine? sebulan sekali? sebulan 8 kali? OK, sebab musabab utama orang beli magazine adalah untuk keep up dengan trends. Magazine selalunya akan update isi dia dengan few main topics, new updates on fashion, recent news, bla bla bla apa² je yang baru-baru jadi. Sometimes, ada jugak selitan perkara² lama, just to be spices of the mags!

Aku suka beli magazine lama. Aku beli magazine pun just for references. Selalunya, aku tak beli magazine baru unless, cover story atau somethings dalam tu yg membuatkan idea sparks, then baru aku beli. Aku suka refer magazines for ideas sebab, wey, magazine mana yg tak banyak gambar? SEMUA magazine ada gambar, kalau tak mcmana dia nak sell majalah tu? Dan, satu majalah ada macam² gambar, tinggal nak study siapa shoot dan what techniques involved.

Antara fav mags aku. Yang lain orang pinjam. 
Jadi, bila nak mula sesuatu projek, aku akan dapatkan themes, atau concepts, then berbalik kepada buku dulu, refine concepts, then selak² magazines dan internets. Study dari sumber lain pun penting, but the fastest way to not lose your ideas, dari buku dan magazine la. Then sketch out apa yg nak dibuat tu. Reliable methods, but always do deeper research. =)

Creative works seharusnya tidak dibatasi dengan keaslian idea anda semata-mata. Ini tahun 2011, the age of creativity, not inventing. Most of ideas dah ada dimulakan oleh orang terdahulu, anda cuma mengulangnya sahaja (dari pelbagai jenisan teknik dan proses yang kemudian, menjadi satu subjek seni yang berkualiti). Satu buku kekadang ada lebih dari 2 authors. Magazine plak more than 5 creative people involved. So, cuba kira, berapa banyak sumber dan info anda dapat?

Sekarang, anda sudah pasti tahu jawapan bagi soalan, buku atau majalah?

Anda Seorang Profesional Photographer? Let see...

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!

Sebelum aku merepek lebih panjang, let me wish "Selamat Hari Raya dan Selamat Menghargai Hari Kemerdekaan yang ke 54" to all Muslim and Malaysian.

Hmmmm... about topic aku tu, apa korang rasa? Soalan tu pada mereka yang suka dan obses fotografi, for some reasons and questions, mungkin penah disoal pada korang, "awak ni photographer ke?" Sampai ke hari ni aku tak sure nak jawab ape, disebabkan nak impress gadis² (hahahaha cam setan!) aku kata aje la "ye saya photographer". Itu tidak memburukkan keadaan sebenarnya sebab photography sudah menjadi trend sejak 2009 sehingga sekarang (which is, camera manufacturers sudah hepi² akibat sales yg mencanak²).

Seriously, are you photographer? what makes you a better shooter than the rest? ada kayu pengukur? setakat ni takde. Oh ada, "Kerja aku dipublish kat magazine, kau ada?", "aku da menang banyak competitions, kau ada?", and so on which is unreliable langsung... sebab? sebelum kerja korang di print oleh publisher magazine atau papers, korang takde nak bragging pun hal ni kan? sebelum menang competitions juga takde lak nak guna winning status as the benchmark how pro you are. =)

Jurugambar profesional sedang bertugas. =)
Mengikut istilah yang ada dekat internet (tak silap aku wiki kot) jurugambar profesional adalah seorang yang menghasilkan dan menjual gambar. Itu secara mudah lah. Hey, kalau macam tu aku ni dah kira profesional ok! Bukan aku sorang je, ramai tuh! Hehehehe!

Rileks... takde apa masalah pun samada pro or not. Manusia suka kalau orang mengiyakan kata-kata mereka, so sama la mcm certain photographers yang lain (termasuk aku, kan? pigidah!). Maksud aku di sini, if someone come to you and said "you are not pro photographer because you didn't own a studio, a business." atau "you are not fulltime dude, don't call yourself pro ok?" - it's bullshit. Sebab? sebab mereka sedang segregating kamu dan dia. Chill... let me explain this later!

Published work, adakah kami profesional? Tak peduli. Kami suka ambik gambar saja!
Photography is a subgenre dari pecahan art. Ianya visual art, berbeza dari art² seperti menari, lukisan, muzik (psikomotor), nak lebih faham, kita tengok wikipedia cakap ape:

"Art is the product or process of deliberately arranging items (often with symbolic significance) in a way that influences and affects one or more of the senses, emotions, and intellect. It encompasses a diverse range of human activities, creations, and modes of expression, including music, literature, film, photography, sculpture, and paintings. The meaning of art is explored in a branch of philosophy known as aesthetics, and even disciplines such as history and psychology analyze its relationship with humans and generations."

translation dia lebih kurang macam ni:

" Seni adalah suatu produk atau satu proses menyusun sesuatu (kebiasaannya dengan kepentingan simbolik) dengan suatu cara yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada satu atau lebih daripada deria, emosi, dan intelek. Ia merangkumi pelbagai aktiviti manusia, ciptaan, dan cara berekspresi, termasuk muzik, sastera, filem, fotografi, arca, dan lukisan. Makna seni diterokai dalam cabang falsafah yang dikenali sebagai estetika dan juga disiplin seperti sejarah dan psikologi juga menganalisis hubungan dengan manusia dan generasi. "
- (aku translate guna google then aku ekjas tatabahasa sikit)

Jurugambar dengan "tools" - topi jerami. 
Secara harfiahnya (pehhh bahasa!) , seni ni subjektif lah. Ianya satu bentuk luahan rasa selama seseorang itu memerhati dan menerapkan pemahaman melalui pengalaman dan pengetahuan yang ada dalam pemikiran dia. Fotografi sekadar satu bentuk seni saje, disebabkan dia mengamalkan seni melalui tools yang dipanggil kamera, maka dia dipanggil jurugambar. Kalau dia menzahirkan seni ke atas biola, dia dipanggil musician. Kalau dia menggunakan pisau, dapur, sayuran dan dagingan? (ada ke dagingan? daging lah!) kita panggil dia chef atau tukang masak. Clear?

Anda pengamal seni, anda ditentukan melalui tools apa yang anda gunakan. Profesional atau tidak, bergantung kepada bagaimana anda melakukan dan mempraktis sesuatu.

Anda bebas menghasilkan karya. Taklah wajib kena pegi school of art untuk bertitle pro atau selayaknya memanggil anda profesional (budak² IPT yang mcm nak mampus dapat degree BA diorang mesti bengang ngan aku... hahahahah!) Chill bro! on papers memang lah kita yang ada diploma, masters, PhD ni akan claim we are the real players, but if someone yang really can execute art sehingga disukai ramai, then macamana? 

Seorang jurugambar yang tidak datang dari mana-mana sekolah seni.  
Jauh sudah ni... Memang ada bezanya samada anda pro atau tidak. Buat apelah kita nak pepening fikir pasal pro atau tidak? Kan lebih best kita terus memperbaiki hasil dan mutu kerja sambil menghargai karya orang lain? Aku sendiri tidak boleh menghasilkan karya seperti Kukubesi (dem.. aku suka stroke dia). Ramai jurugambar yang bagus di Malaysia, tetapi tidak femes sebab jurugambar ni bukanlah profesion pilihan bakal mak mertua anda. hehehehhe!

Jadi, profesional atau tidak, ia bukan lesen untuk anda memandang rendah orang lain di atas kejayaan anda. Just do the art sudah! At the end, we just want to live in this happy world! =) 

Keep Learning!

Ehem. Testing Testing. OK here it goes...

HNAD Studio, brand fotografi kawan aku, Azhar Dahalan dan aku, sedang menyusun kembali strategi perniagaan untuk 2012. Sedar tak sedar, kami dah setahun beroperasi! Memacam perkara yang dipelajari, baik dari segi perancangan perniagaan, pemasaran, teknikal dan... macam-macamlah!

Selama setahun tu jugaklah, banyak in-out. Itu ini begitu begini. Job weddings memberi kami banyak inputs dari segi pemasaran dan teknikal, manakala R&D shots lak menerapkan pemahaman kepada blending themes dan pembinaan concepts thru shots. Bab tu nanti la aku share, berjela nak cerita kat sini. hehehe...

Oh so here we are, sharing works (in brief) dari genre weddings. Here's the weddings dari Ogos 2010 hingga 2011 :

1. Khairy + Wida

Officially, this is our first job. Job weddings yang pertama di bawah HNAD Studio. Excited terlebih time ni! hahahah! It's a good thing actually, sebab kat job ni aku ngan Azhar Dahalan mula sesuaikan diri dengan stroke dan style masing². Gambar ni dirakam di Bukit Broga, Negeri Sembilan atas cadangan kitorang kepada kapel ni (dengan harapan dapat membeat kolaborasi CandidSyndrome + Kukubesi yang femes dengan gambar perkahwinan angkasawan negara, hahahaha! kidding yo!) . Sebenarnya, apa yang kitorang pre-visualizekan adalah tak sama dengan final shots. Ini la yang dikatakan, manusia punya asa, tuhan punya kuasa. =D. At the end of the day, kami suka dengan hasil outdoor ni! (dah bawak khemah 8 X 8 kaki ngan tangga lipat, kalau tak suka, tak tau la...)

-------------

2. Haykal + Melissa

Haykal dan Melissa adalah hasil marketing secara "word of mouth". Keduanya simple gila, they just let us work dengan suka hati. Hahahaaha! Pada job ni, kami kena shoot dengan satu team photographer yang lain, Ikram Ismail. Aduhai... cuak je rasa masa tu. Sekali diorang bawak speedlight sampai 9 weh! Terkesima jap kitorang! tapi no worries, dia ada art direction sendiri, dan kami buat je keja kami. Diorang lak supportive dan tak kedekut ilmu! Gamba ni dirakam dekat taman permainan sebelah sekolah lama diorang, which is, bila dapat gamba kawin diorang, Haykal ngan Melissa termasuk kawan2 diorang sendiri tak percaya yang gamba2 outdoor diorang yang diambik dekat tempat yang langsung diorang tak sangka untuk hari perkahwinan diorang, nampak best. Hehehe! rezeki diorang la tu! Alhamdulillah!=D

-------------

3. Akthar + Farizah
Job ni berlangsung di dua tempat, Penang dan Port Dickson. Yang kat Penang berlangsung dekat Eastern & Oriental, dan PD lak kat PD Golfclub (E&O memang best la... cuma tak dapat shoot siang. Grrr!) Pasangan pengantin keturunan India Muslim, jadi upacara perkahwinan mereka mempunyai "fusion" dua budaya, India dan Melayu. Satu pengalaman yang menarik untuk dipelajari dan beberapa tips disampaikan oleh orang sekeliling seperti makcik dan pakcik mereka, orang caterer, dan sanak saudara. Mereka pulak supportive! Senang bekerjasama dengan diorang. Akthar yang serius sebenarnya, ada humor tersendiri.. hehehehe! (Sempat gak kitorang bedal pasemboq dan few famous places untuk makanan kat Penang weh!!!)

-------------

4. Damak + Nadia

Damak dan Nadia ni... hehehe.. comel diorang dua ni! Team kitorang tak putus² sebut pasal kecomelan diorang! Damak adalah adik kepada seorang pelakon wanita, Syanie. Tapi yang best mengenai perkahwinan diorang ni adalah, it's a well planned weddings, which is, dari senarai jemputan sehingga ke perkara sekecil beadings pun ada perhatian yang diberi. Diorang dua ni tak putus gelak. Gelak, gelak dan gelak!!!! hahahaha!

-------------

5. Omar + Zana

Pasangan ini bertunang dengan ambient yang sederhana! Aku suka! Yang paling aku suka adalah makanan yang dihidangkan, ala kampung. Hehehehe... Simple, dan part yang susahnya adalah nak crave the best out of it! It's your job to make sure, good photos with good stories are captured. Otherwise, you can blame the camera. Hahahahha! - Alhamdulillah, kami dapat apa yang kami mahukan! =D

-------------

6. Dzulfadli + Azura

Pasangan ini mempunyai banyak idea, memandangkan perkahwinan mereka melibatkan 2 versi tema, Melayu dan English. Job ini juga menuntut kecekalan dan keazaman (ayat poyo, hahahahah!) yang tinggi sebab, at first kami setup untuk pakai theme color stendet, bila da abis job, Azhar Dahalan kata client nak soft colors @ pastels. Gulp! Tuhan ajelah yang tahu dah berapa milimeter kulit kepala ilang akibat tergaru-garu memikirkan solutions! Mereka merupakan pasangan yang gila-gila, namun diorang tak tahu rupanya kerja merakam gambar juga adalah kerja gila, 5 jam tak tentu cukup untuk outdoor. Ya, kami menang lagi, pengantin serender sebab penat. Hehehehe!

-------------

7. Fawwaz + Hidayah

Fawwaz dan Hidayah ni.... job yang paling kami geram. Sebab? Sebab si Dayah ni dia tak tau duduk senyap. Tengah sesedap nak shoot skali dia gelak. Bhahahahah! Memang keja nak gelak aje la kitorang! But mcm biasa, most of the clients are very supportive dan cool! Suruh panjat bukit, panjat. Suruh lari, lari. Minta aje lah diorang untuk buat ape, sure diorang buat! Gambar diorang ni dirakam kat Taman Botani Putrajaya, kat mana tu? kat area bukit. Sebenarnya diorang penat sebab panjat bukit dengan baju kawin tu... hahahahha! Puas ati buli pengantin!

-------------

8. Affendy + Suhana

Affendy ni sebenarnya foremen keta kat area umah aku, another word of mouth dari circle kengkawan. Adalah suatu cabaran gak job ni sebab diorang nak something which is, yang diorang rasa tak pernah tengok lagi (susah ni... mana la kitorang tau apa yg diorang da tengok kan?) Ngan job diorang ni, kitorang shoot kat satu pulau kecik area Melaka! tapi nak kena tunggu laut surut dulu, kalau tak jalan ke pulau tu takde. Gileee wehhh!!! Satu lagi yang aku tak lupa pasal job ni, lauk kenduri dia....masak gulai lemak putik durian beb! aduuuu kecurrrrr!!!! Tengkiu wehh sebab sediakan lauk rare tu! =D

-------------

9. Ben + Farah

Satu lagi pasangan yang mencabar minda. Diorang nak something yang diluar jangkaan diorang. Aduhai... job² macam ni bukan ape, takut wohhh kalau tak dapat beat the expectations! Tapi yang bestnya, diorang ni sporting abis! Bukan diorang je, satu family sporting! Orang Perak yob... pepaham suda.. hahahah! Disebabkan itu, diorang sendiri mencadangkan nak buat outdoor kat Broga. Broga lagi??? Belasah aje la, janji diorang suka! Dan kali ni tak bawak naik khemah, bawak naik tangga je. Tecabut lutut beb bawak equipments. Dan masalah utama apabila shoot di tempat yang sama adalah, nak avoid the same shots dari previous job. Alhamdulillah we managed to have few shots which is, kami puas hati! =D

-------------

10. Afiq + Adawiyah

Kesian sebenarnya diorang ni... diorang nak shoot outdoor kat Bukit Tinggi, dan kami dah acknowledge diorang yang permit kena obtain awal², disebabkan kesibukan tugas harian, Adawiyah lupa nak dapatkan permit. Tapi.... kitorang bedal aje pegi shoot! Bukan ape, Adawiyah ni agak meticulous upon few things, so kami nak bagi yang sebaik mungkin pada dia, majlis dia pun meriah, keluarga cikgu ni! dari atuk sampai la ke dia sendiri, semuanya cikgu! kira penyayanglah ni. hehehehe!

-------------

11. Shafiq + Idayu

Diorang ni melangsungkan akad dahulu, kemudian sanding disember ni. Ayu ni part time model, Shafiq lak kerja dia something to do ngan fitness + health, memang bleh shoot ala² fashion dalam magazine Harper's Bazaar @ Elle, atau ape² aje la berkaitan ngan fashion! Sorang macho, sorang lagi cantik. Tak sabar lak nak tunggu persandingan diorang (berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa - maklumat setakat ini, mungkin ada perubahan?) Dedua lovely ya amat weh.... rasa macam nak kawinnnn je!!!! Warghhh!!!!

-------------

12. Adib + Fiza

Ahahahahaha teringat la cover job Adib ngan Fiza ni, Adib seorang yang shy² cat manakala Fiza lak kerja dia ngusik si Adib je. Dedua kelakar beb! Fiza ni dia selambe je, kekadang terbehenti nak shoot sebab si Fiza ni buat lawak! Apa yang best diorang ni, non-stop gurau sesama sendiri. Aduhai.... kekadang tu stop shoot jap tengok diorang bergurau, then sambung shoot. ada je menda diorang nak bergurau! Adib memang best, walaupun pendiam tapi kerjasama, tetap adaaaa! cakap je, nak suh buat camne, dia memang akan buat! Da la tak abis² bergurau... memang bahagialahh rumah tangga!

-------------

13 . Zul + Husna

Job kali ini... job ini... job ini mempunyai cerita dia sendiri. Kami ditugaskan untuk merakam pertunangan ini, tanpa ada input khas dari pasangan. Sebabnya? Sebabnya Zul adalah seorang photographer juga. Jadi bila kami tanya apa dia nak, what shots ke ape ke, dia just cakap, "shoot mcm biasa korang buat." . Dan sebenarnya, kami nak shoot dengan tone yang lembut. Jadi kalau diperhatikan, job ni kaler settingsnya berbeza dengan yang lain. Kebebasan 100%! wohoooo!!!!!

-------------

Walaupun cuma ada 13 job, average sebulan 1 job, tapi kami sentiasa rasa sibuk yang amat! Ye la, bukan weddings saja yang perlu dicover, ada juga genre lain yg kena dicover itu ini. Kalau events biasa² takpe, ni yang nak kena ada theme, nak kena duduk discuss lagi, bla bla bla.. so, ada banyak process involvement, bukan angkat kamera dan tembak². Still learning... takde stop². =)

Mostly, dalam weddings ni, kami banyak belajar communications, relationship dengan clients, nak handle diorang masa shoot, marketings, brandings, dan memacam lagi. Sebab dalam weddings, ada mcm2 jenis genre,: products, portraiture, fashion, journalism, actions, bla bla bla. Jadi, how to master semua ni dalam jangka masa pendek? NO. Takde jangka masa pendek. Either you want to learn it or just leave it.

Maka dalam job² di atas tu lah kami memperbaiki mutu gambar, dan business. Alhamdulillah.... walaupun tak lah banyak gila tapi, ianya lebih dari apa yang kami bayangkan! Hopefully, lepas ni kami dapat menaikkan lagi kualiti dalam genre weddings nih!

See you again in another post! =)

Tribute to Allahyarham Mohd. Hanif Bin Ngiring

Allahyarham Mohd. Hanif Bin Ngiring. (Gambar Ehsan : Azharul Husni Azhari, Koleksi Peribadi)
Tribute to Allahyarham Mohd. Hanif Bin Ngiring

Pagi 1 Syawal 1432, aku mendapat berita bahawa member dari zaman kecik aku meninggal dunia. Untuk pengetahuan korang, first thing yang korang rasa bila dapat tahu org yg rapat dengan anda meninggal, anda takde rasa apa sebab... u just don't know what to feel.

Lepas 2-3 jam, baru aku teringat, last time aku spent a good time ngan dia masa perlawanan bola Malaysia vs Singapore (2nd Leg). Tiba-tiba aku menangis. Dem. A friend of mine dah takde...

And then, reminiscence. Aku da kawan ngan Anep, agak lama... dari zaman sekolah menengah. Zaman cari kerja, zaman belajar (dia la yg sebok tanya aku dapat ke tidak UiTM, which is, masa tu dia da nak abis belajar.) then zaman kerja. Sesapa yang kenal dia dari dulu, tau la kenapa dia minat motor besar. 

Dulu dia pakai RG cabuk beb, handle kepak mcm motor Cina Bukit, ekzos Ah Hong Motor. Kena bahan memangjang RG dia tu. Hahahaha! Ada sekali tu, dia da masuk belajar kat Shah Alam, tup tup dia bangun lambat, pukul 7.50am, dari Keramat ke Shah Alam dia belasah 20 minit pakai RG dia. Bleh plak pastu dia tepon orang tua dia, bagitau da sampai. Memang mengamok lah orang tua dia kan??? Keramat-Shah Alam 20 minit naik motor (highway DUKE takde lagi time tu ye), so korang tau macamana obsesnya dia ngan kelajuan.

Lepas da belajar, dia apply kerja kat gomen dan dapat RTM. Dari situ la dia start beli motor besar. Aku tak sure, tapi aku banyak kali dengar dia eksiden, fork patah, calar balar, dah biasa aku dengar. Yang selalu aku cakap kat dia, "Nep, bawak slow² weh." - kalau aku ada motor besar, takde aku bawak slow punya. Tapi tu sekadar ingatan kat dia je.... Tak sangka aku, dia pergi sebab bawak laju... Anep.. Anep...

Anep time kerja (koleksi peribadi FB Allahyarham Hanif)



Anep ni degil orangnya, ego bleh tahan tinggi. Tapi dia tau jugak respect orang, bebudak kitorang ni ada je perangai memasing. Yang membuatkan si Anep ni lain dari yang lain, citarasa dia lah. Boleh plak dia datang lepak kat Abg Teh (port lepak kitorang, gerai burger tepi jalan) pakai satu sut racing motor! Kompem² ah orang tengok pelik. Ada la sorang dua budak kitorang sound "Kau ni apehal Nep pakai macam ni?" - bleh dia jawab, "kau ada ke?". Hahahahaha! Bukan pasal ade ke tak, tapi pelik woi!!!

Arwah dengan beberapa budak Abg Teh. (koleksi peribadi FB Allahyarham Hanif)
Bukan setakat pakai sut racing motor, ada sekali tu datang pakai singlet ngan kain pelikat. Tak pepasal je. Rupanya dia cabut lari kejap dari rumah, dia cakap ngan bini dia nak gi isap rokok kat luar, tup² sampai kat Abg Teh terus. Bengong siot mamat ni. 

Anep bertugas sebagai cameraman RTM, dan aku memang suka dengar cerita² journalist. Nak plak dia ni memang suka bercerita, layan dia punya cerita pasal assignments dia, memang 3-4 jam le. Ada sekali tu dia cerita pasal assignments dia kat Bam (tempat gempa bumi kat Afghanistan kalau tak silap aku) siap bawak turun lepak topi dari binatang hape tah. Aku pun tak tau. Punya la excited dia sembang, sampai kena beli rokok baru (aku yg ajar dia isap rokok Pall Mall menthol, sebab dia suka pau rokok orang, jadi dia segan nak pau bebudak lain, maka aku la mangsa pau dia sampai last² dia sendiri isap rokok sama cam aku. hahahha!)

Assignment ni la yg dia dok bercerita panjang lebar tu. Pasal assignment ni, dia menang award (aku tak ingat tapi ada la keluar Utusan) . (gambar koleksi peribadi FB Allahyarham Hanif)





Arwah dengan motor besar pertama dia.  (gambar koleksi peribadi FB Allahyarham Hanif) 
Arwah suka ngan motor besar. Dalam reramai budak kitorang, dia je yg pakai motor besar. Ada yang suka kereta, ada yang suka komputer, bla bla bla, dia suka motor besar. Jadi, dia suka la cerita pasal motor besar. Aku tak berapa sure motor ape dia ada, yg aku tau, motor last dia adalah yang ke-3 (which is, aku memang tak mampu la nak pakai salah satu pun. hehehe!).

Operasi memasang papan tanda majlis perkahwinan Hanif oleh bebudak Abg Teh. (gambar koleksi peribadi FB Allahyarham Hanif) 
Dah tugas dia sampai 1 Syawal saja, pemergian dia memang tak siapa jangka. Aku hilang sorang kawan yang gelak dia agak "rare", kawan dari sekolah yang sesama curi basikal (ala.... zaman kekecik bese la beb, hehehe...), yang keras kepala, dan baik hati sebenarnya. Semoga kau tenang kat sana Nep! Kami bebudak Abg Teh akan jaga balu dan anak kau seboleh yang mungkin, Insya Allah...

Allahyarham Mohd. Hanif Bin Ngiring, 1982 - 2011.
Semoga engkau ditempatkan di kalangan orang² soleh. Al-Fatihah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...