Anda Seorang Profesional Photographer? Let see...

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!

Sebelum aku merepek lebih panjang, let me wish "Selamat Hari Raya dan Selamat Menghargai Hari Kemerdekaan yang ke 54" to all Muslim and Malaysian.

Hmmmm... about topic aku tu, apa korang rasa? Soalan tu pada mereka yang suka dan obses fotografi, for some reasons and questions, mungkin penah disoal pada korang, "awak ni photographer ke?" Sampai ke hari ni aku tak sure nak jawab ape, disebabkan nak impress gadis² (hahahaha cam setan!) aku kata aje la "ye saya photographer". Itu tidak memburukkan keadaan sebenarnya sebab photography sudah menjadi trend sejak 2009 sehingga sekarang (which is, camera manufacturers sudah hepi² akibat sales yg mencanak²).

Seriously, are you photographer? what makes you a better shooter than the rest? ada kayu pengukur? setakat ni takde. Oh ada, "Kerja aku dipublish kat magazine, kau ada?", "aku da menang banyak competitions, kau ada?", and so on which is unreliable langsung... sebab? sebelum kerja korang di print oleh publisher magazine atau papers, korang takde nak bragging pun hal ni kan? sebelum menang competitions juga takde lak nak guna winning status as the benchmark how pro you are. =)

Jurugambar profesional sedang bertugas. =)
Mengikut istilah yang ada dekat internet (tak silap aku wiki kot) jurugambar profesional adalah seorang yang menghasilkan dan menjual gambar. Itu secara mudah lah. Hey, kalau macam tu aku ni dah kira profesional ok! Bukan aku sorang je, ramai tuh! Hehehehe!

Rileks... takde apa masalah pun samada pro or not. Manusia suka kalau orang mengiyakan kata-kata mereka, so sama la mcm certain photographers yang lain (termasuk aku, kan? pigidah!). Maksud aku di sini, if someone come to you and said "you are not pro photographer because you didn't own a studio, a business." atau "you are not fulltime dude, don't call yourself pro ok?" - it's bullshit. Sebab? sebab mereka sedang segregating kamu dan dia. Chill... let me explain this later!

Published work, adakah kami profesional? Tak peduli. Kami suka ambik gambar saja!
Photography is a subgenre dari pecahan art. Ianya visual art, berbeza dari art² seperti menari, lukisan, muzik (psikomotor), nak lebih faham, kita tengok wikipedia cakap ape:

"Art is the product or process of deliberately arranging items (often with symbolic significance) in a way that influences and affects one or more of the senses, emotions, and intellect. It encompasses a diverse range of human activities, creations, and modes of expression, including music, literature, film, photography, sculpture, and paintings. The meaning of art is explored in a branch of philosophy known as aesthetics, and even disciplines such as history and psychology analyze its relationship with humans and generations."

translation dia lebih kurang macam ni:

" Seni adalah suatu produk atau satu proses menyusun sesuatu (kebiasaannya dengan kepentingan simbolik) dengan suatu cara yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada satu atau lebih daripada deria, emosi, dan intelek. Ia merangkumi pelbagai aktiviti manusia, ciptaan, dan cara berekspresi, termasuk muzik, sastera, filem, fotografi, arca, dan lukisan. Makna seni diterokai dalam cabang falsafah yang dikenali sebagai estetika dan juga disiplin seperti sejarah dan psikologi juga menganalisis hubungan dengan manusia dan generasi. "
- (aku translate guna google then aku ekjas tatabahasa sikit)

Jurugambar dengan "tools" - topi jerami. 
Secara harfiahnya (pehhh bahasa!) , seni ni subjektif lah. Ianya satu bentuk luahan rasa selama seseorang itu memerhati dan menerapkan pemahaman melalui pengalaman dan pengetahuan yang ada dalam pemikiran dia. Fotografi sekadar satu bentuk seni saje, disebabkan dia mengamalkan seni melalui tools yang dipanggil kamera, maka dia dipanggil jurugambar. Kalau dia menzahirkan seni ke atas biola, dia dipanggil musician. Kalau dia menggunakan pisau, dapur, sayuran dan dagingan? (ada ke dagingan? daging lah!) kita panggil dia chef atau tukang masak. Clear?

Anda pengamal seni, anda ditentukan melalui tools apa yang anda gunakan. Profesional atau tidak, bergantung kepada bagaimana anda melakukan dan mempraktis sesuatu.

Anda bebas menghasilkan karya. Taklah wajib kena pegi school of art untuk bertitle pro atau selayaknya memanggil anda profesional (budak² IPT yang mcm nak mampus dapat degree BA diorang mesti bengang ngan aku... hahahahah!) Chill bro! on papers memang lah kita yang ada diploma, masters, PhD ni akan claim we are the real players, but if someone yang really can execute art sehingga disukai ramai, then macamana? 

Seorang jurugambar yang tidak datang dari mana-mana sekolah seni.  
Jauh sudah ni... Memang ada bezanya samada anda pro atau tidak. Buat apelah kita nak pepening fikir pasal pro atau tidak? Kan lebih best kita terus memperbaiki hasil dan mutu kerja sambil menghargai karya orang lain? Aku sendiri tidak boleh menghasilkan karya seperti Kukubesi (dem.. aku suka stroke dia). Ramai jurugambar yang bagus di Malaysia, tetapi tidak femes sebab jurugambar ni bukanlah profesion pilihan bakal mak mertua anda. hehehehhe!

Jadi, profesional atau tidak, ia bukan lesen untuk anda memandang rendah orang lain di atas kejayaan anda. Just do the art sudah! At the end, we just want to live in this happy world! =) 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...