Potraiture Outing : Ais Rashid + Yunida Che Yaacob.

Salam! Yeaaaahhhhrggghhhh!!!! Bertemu lagi dalam blog aku yang sungguh lembab ini. Heheheheh! Sori la..aku sedikit bz la kebelakangan ni. Namun masih sempat lagi aku meneruskan kerjaya seni dalam bidang fotografi! Kali ni aku nak share sket pasal outing potraiture.

Outing ni diadakan pada 23 Januari 2010, untuk sesi pertama bersama model Ais Rashid , bertempat kat Ladang Ternak UPM (yang mana kitorang redah je...takde permission! muahahhhah! Belasah aje la...bukan nak curi lembu2 kat situ pun!)

Lokasi Kejadian Dari Pandangan Jauh.

OK, pertama sekali, lokasi ni dipilih kerana keunikan dia yang tersendiri. Rasanya takde lagi tempat macam ni kat Malaysia. Kalau korang tau, bagitau la ye? Lokasi adalah kritikal bagi jurugambar yang ingin mencapai konsep dalam menghasilkan gambar yang dikehendaki. Aku memang dah lama dan teringinnnnnnn sangat shoot kat sini! Dapat gak akhirnya! Wohhoooo!! Pembukaan 2010 yg aku kira menarik la kan... Seramai 6 orang jurugambar masa tu: aku, Casanova, Yus, Jamie, Madi dan Arie.

Casanova Sedang Melihat Keadaan Sekitar (Banyak tahi lembu kat sini...jaga-jaga Cik Salmah!)

Lepas dah tengok2 keadaan sekeliling, baru la shoot2. si Ais ni plak, dah nama pun model, senang bekerja ngan dia. Seronok buat kerja macam ni! Sib baik la dia dah biasa, kalau tak jenuh gak la...panas gile beb masa shoot ni! Tapi yang bestnya, kat sini beranginnnnn je...atas bukit la katakan. Maka tak kisah la panas skit pun!!!

Ais Rashid sedang bekerja. Senang betul la model camni...

Baring pulak...Casa ekjas menda tu weh? Ekjas rambut la...

Tengah sedap2 shoot tu. Datang pulak pekerja ladang ternakan..Apa lagi, buat2 tak bersalah la weh! Hahahaahahah! Makin lama makin dekat, dia pun berenti. Tapi ok la...dia cakap lelembut je. mungkin dia dah biasa la jumpa mangkuk2 yang suka amik gambar kat sini. Tak kisah la kan mangkuk ke, cawan ke, janji dah dapat gambar!

"Encik semua dah melanggar undang-undang tau. Tapi kalau nak pukul saya, pukul sorang2 la ya. Tak aci la pukul ramai-ramai..." - dialog rekaan semata-mata.

Dah macam tu cerita dia, apa lagi, balik la weh...heheheh! Walaupun kena halau, tapi sempat jugak la dapat apa yg kitorang nak. Tu yang puas hati! Bebanyak terima kasih pada Casanova, Madi, Yus, Arie dan Jamie sebab menceriakan suasana, bersaing, menyediakan props, pinjam lens, kenakan aku, apa lagi eh? Yaa...tima kasih jugak kat Ais Rashid yang memang tak banyak songeh dan professional dalam menjalankan kerja!

" Jadi, nak ke mana ni? Amik gambar sudah, kena halau pun sudah. Jom gi makan!!!! "

OK, mana citer si Yunida? nanti aku tambah. sebab aku takde idea nak edit. Hehehehe! kat bawah ni serba sikit hasil shoot hari tu. Si Nida tu nanti aku tambah k? Thanks pada korang yg sudi jengok dan tengok!!
____________________________________________________________________


* Credits to Arie, Casanova, Madi, Jamie, Yus and Ais Rashid.

Outdoor Session : Mukhriz + Azmah's Weddings.

1.
Aha! Selamat bertemu kembali! Yasshhhh!! Hahahahah! Wokeh, aku nak share sket sekitar job terbaru aku tempoh hari. Perkahwinan Mukhriz dan Azmah. Tapi aku sekadar cover sanding belah lelaki sahaja. Aku mcm biasalah, ngan permanent team members, Hamizan Hamdan. Yang menariknya, group aku untuk sesi sanding diperkasakan dengan kehadiran Jamie, dari Sunway. Kemudian untuk sesi outdoor, seramai 3 orang diimport bagi memantapkan lagi hasil untuk memastikan kapel ni dapat moments yg best utk hari bahagia diorang! Credits to marzuki82, ayie, dan casanova!

Yang kesiannya si Mukhriz ngan Azmah ni, masa kitorang start shoot kat Masjid Negara , tak habis2 foreigners datang nak bergambar ngan diorang. Hahahahaha! Ye lah, pakai pakaian tradisional bagi perkahwinan Abis la korang, femes satu dunia! Ada yang dari Korea, India, entah mana lagi pun aku tatau. Belgium pun ada!

Bersama pelancong dari Korea (agaknya la..)

2.
Disebabkan kesian ngan diorang asik kena bergambar, kitorang bawak pegi belakang sket. Amik shot2 kat tangga belakang. Macam2 angle disurvey untuk memastikan shots sentiasa fresh.

Casanova "meleperkan" diri.

3.
Pastu, pegi lak kat stesen ketapi, jumpa lak mamat ni...dia bukan sibuk tanya pengantin, sibuk tanya kitorang ni shoot ape la, itu la ini la...hahahahah!

Casanova sempat lak beramah mesra ngan mamat ni. Azmah tak puas hati (kat blakang). Mizan enterframe.

4.
Pastu, dah rasa macam mati akal, Casanova mencadangkan agar dibawa mereka ke The Heritage, bangunan KTM gak, tapi diambilalih oleh The Heritage. Memang dasat la kat situ! tapi aku takleh post la gambar2 kat situ sebab ye la, gambar yg aku nak masukkan dalam album, aku tak boh la kat sini selagi pengantin tak tengok. So, aku kongsi di balik tabir aje la eh..

(L-R) Ayie, Casanova (baju merah), marzuki82 (tak nampak, kat belakang Casa), Jamie (tengah tertonggeng) dan Mizan.

Jamie : "Bang, ok tak shot saya ni? Jangan la pukul kalau tak betul...sakit.."

(L-R) Ayie, Mizan, Casanova, marzuki82 dan Jamie. Thanks bro!

5.
Pas dah shoot2 tu, kitorang pun berangkat lah..puas hati memang tak terkata sebab ramai lak nak join shoot as a team! Lepas ni maybe leh ajak lagi sebab bila dah ramai2 camni baru la seronok buat kerja! Ada je idea dan pandangan memasing. Casa paling banyak menyumbang idea, excited barangkali! Ayie banyak sumbang teknikal, sama macam marzuki. Apepun, aku puas hati la sebab diorang sanggup join!!!! Yeaahhhh!! Thanks to all of you!!!


Last but not least kata orang putih...

Sekali Sekala Menembak Apa Salahnya...

Hoh. Ahad hari tu aku main paintball! puas hati woh! dah lama tak beriadah, sekali skala menembak berpeluru syok gak. Lama dah aku tak manjakan diri aku dengan aktiviti macam ni. Asik kerja je. Alahai. ni entry aku yang 1st dalam tahun ni...tak berapa aktif nak berblog. maybe cuba2 lagi nak aktif pas ni.

Tahun ni maybe nak kurangkan sket job2 weddings dan explore landscape, models, bla bla bla...mata aku ni dah start statik. Amik gambar pun camtu je la hasilnya. Sebab tak pegi sesi mengasah mata. jadi la camni. Sape kata amik gambar ni keja senang? Jujur aku katakan "Kepala hotak kau!" . Nak amik gambar, boleh. Tapi amik gambar sebagai jurugambar, takat bodo2 je baik takyah. Sebab? Sebab you hav to master so many things before you can get what you want in your pics. Kalau tak, takde la semua orang terhegeh2 nak amik DSLR...

Pada aku la, boleh je nak amik gambar, tapi kalau takat ada DSLR, shoot, pastu upload...you are not photographer. Believe me!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...