Rapatronic Photography


Salam dan hello semua. =)

Sori lama tak update. Ada ke yang follow? hahahahaha sukati la ye? Aku bizi sket dua tiga menjak ni. OK back to the topic.

Rapatronic Photography ni merupakan salah satu cabang fotografi berkelajuan tinggi. Menggunakan kamera Rapid Action Electronic (tu yang dapat nama Rapatronic) untuk merakam dalam kelajuan yang sangat tinggi. Berkeupayaan merakam pada kelajuan 1 milisaat, korang rasa apa yang diorang shoot?


Harold Edgerton, seorang profesor kejuruteraan elektronik bertanggungjawab mendevelop kamera ini. Kamera ini digunakan dalam kerja merakam letupan bom nuklear. Ia merakam semasa bom nuklear tu terignite, dan kemudian kebabom. Di bawah ni korang boleh check rupa kamere tu dan camne rupa bom nuklear tu masa nak meletup. Macam hama kat karpet pun ada rupanya!  




Ni la kamera yang digunakan. Bagi peminat tegar Nikon dan Canon, brand kamu tak cukup bagus~ hahhah!
Da macam buah-buahan berkulat pulak kalau tengok letupan tu. Kalau tengok hama dalam close-up pun ada la iras² camtu. Dah aku malas nak membebel.Untuk kenal lebih lanjut uncle yang develop teknik ni, sila klik sini

Portraiture Cara Ulric Collette

" Eh kau ikut muka mak kau eh? " 
" Kau ngan bapak kau sama siot, dedua hidung pesek"
" Adik aku ikut muka mak aku, aku ikut muka bapak aku. "

Pernah dengar dialog² macam ni? Yap. Kita selalu dengar ayat² ni dan tak pernah tau sebenarnya, walaupun kita share the same genetics, sebenarnya takde la sama sangat. Hal ni dibuktikan oleh seorang jurugambar  dari Kanada bernama Ulric Collette. 

Projek ini bermula secara tak sengaja masa dia sengaja nak buat satu siri "sehari satu gambar", sebagai prektis menambahtererkan diri dalam fotografi dan lightings. Mangsa pertama dalam projek ni adalah anak dia dan diri dia sendiri. Syarat utamanya adalah, mestilah berkongsi DNA, baru leh nampak persamaan. Kalau hasben dan wife? Korang tak kongsi DNA, korang tukar² DNA saje ok? =P

Orait, jom tengok gambar² dia.


Adik beradik : Gabrielle, 28 & Leah, 25

Kembar : Alex & Sandrine, 20

Adik -beradik: Anne-Sophie, 19 & Pascale, 16

Anak beranak : Ishmael, 10 & Ulrich, 32

Anak Beranak : Ariane, 13, & André, 55

Anak beranak : Marie-Pier, 18 & N'sira, 49

Anak beranak : Nathan, 6 & Ulrich, 32

Anak beranak : Amelie, 33 & Daniel, 60

Anak-beranak : Daniel, 60 & Isabelle, 32

Adik-beradik : Catherine, 23 & Veronica 29 

Anak-beranak : Veronica, 29 & Francine, 56

Anak-beranak : Francine, 56 & Catherine, 23

Adik-beradik : Christopher, 30 & Ulrich, 29

Sepupu : Justine, 29, & Ulrich, 29

Adik-beradik : Matthew, 25 & Ulrich, 29

Kembar : Laurence & Christina, 20 

Anak-beranak : Denis, 53 & William, 28

Anak-beranak : Julie, 61 & Amelia 33

Adik-beradik : Isabelle, 32 & Amelia, 33 

Anak-beranak : Julie, 61 & Isabelle, 32

Mungkin pasni korang leh buat mcm ni gak. Nice eh? Dan Ulric dalam gambar ni adalah si jurugambar tersebut.

Untuk check lagi klik sini.

(via modernmet.)

Cave Of The Crystals dari Naica Project


Berita ni dah lama, tapi share lah sebab ia penemuan yang menarik! =)

Pada tahun 1910, sekumpulan pelombong terjumpa sebuah gua berdekatan dengan lombong Naica, Mexico. Berkedalaman 120 meter, lombong tu digelar "Cave of Swords", sebab kristal yang terbentuk mempunyai bentuk dan panjang macam pedang. Kendian, pada tahun 2000, diorang korek lagi untuk menjalankan kerja² melombong, dan mendapati ada lagi gua yang mempunyai kristal² ini, dan ia jauh lebih besar. Gua ini dinamakan "Giant Crystal Cave" sebab kristal dia besar-besar.

Setelah tu, apa lagi, sekumpulan saintis yang menggelar diri diorang Naica Project telah melibatkan diri untuk kerja² research, studies, untuk mendapatkan jawapan tentang keunikan gua ini. Gua ni tak pernah dijelajah sebelum ni sebab, satu; tak pernah ada orang jumpa (memang le.. ceh), dua; suhu gua ni boleh mencapai 58°C (136 °F). Panas beb. Kalau tak pakai kelengkapan yang cukup atau sesuai, tak lebih 10 minit, dead.

Check gambar² di bawah untuk tengok gua ni. Bukan gambar aku ok? gambar gua!

" Uish, keras ek kristal ni. "

" Din, cepat weh. Kang Superman balik umah naya kita. "

Cave of Swords, terletak di atas ruang Giant Crystal Cave.

" Nasib baik den sompek ngelak, kalau tak pocah kepalo den! "

" Giant Crystal Cave" - Carsten Peter / Speleoreseach & Films
Untuk baca dengan lebih lagi, klik sini.

( source : national geographic news , ironammonite )

Ilusi Adam Magyar Yang Osem!


Jalan punya jalan punya jalan, aku terjumpa satu karya menarik. Mungkin aku memang suka tengok dari atas ke bawah, atau karya ini cukup mempunyai daya imaginasi yang unik tapi simple.

Adam Magyar, dengan projek "squares", merakam setiap subjek dari ketinggian 3-4 meter, kemudian disambung² menjadikan ia sebuah imej komposit yang menunjukkan manusia dalam satu kawasan, sebenarnya ruang sebesar tu tak wujud, tapi ia lebih memaparkan macamana kita daripada atas. Pelbagai karektor dapat dirakam dan aku sangat suka kerja ni.

Gambar² ini dirakam di sekitar Hongkong , Tokyo dan disusun dalam satu kotak. Sebab tu namanya "square".

Chekidaut gambar di bawah!

Susun secara grid. Macam mainan lak! 

Close-up. Cari pacik ni kat gambar bawah.

Jumpa kan? Tak la susah macam "Where's Wally?"

Cari semut tolak trolley biru.

Apelah yang dia tolak tu kan...

Aku teringat Shibuya la. Eh Shibuya ke yang most busiest pedestrian crossing tu?

Ada pacik bawak pisau.

Pacik ni la yang bawak pisau.

Semut! semut!

Dah rasa macam giant lak.

Alamak ada orang perasan la. Hahahaahah! muka garang la plak~


Untuk tengok lebih banyak lagi kerja² Adam Magyar, sila klik sini.

(note: Thank you soooooo much to Adam Magyar, for the best co-op so far and for all the images!)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...