Outdoor Session : Mukhriz + Azmah's Weddings.

1.
Aha! Selamat bertemu kembali! Yasshhhh!! Hahahahah! Wokeh, aku nak share sket sekitar job terbaru aku tempoh hari. Perkahwinan Mukhriz dan Azmah. Tapi aku sekadar cover sanding belah lelaki sahaja. Aku mcm biasalah, ngan permanent team members, Hamizan Hamdan. Yang menariknya, group aku untuk sesi sanding diperkasakan dengan kehadiran Jamie, dari Sunway. Kemudian untuk sesi outdoor, seramai 3 orang diimport bagi memantapkan lagi hasil untuk memastikan kapel ni dapat moments yg best utk hari bahagia diorang! Credits to marzuki82, ayie, dan casanova!

Yang kesiannya si Mukhriz ngan Azmah ni, masa kitorang start shoot kat Masjid Negara , tak habis2 foreigners datang nak bergambar ngan diorang. Hahahahaha! Ye lah, pakai pakaian tradisional bagi perkahwinan Abis la korang, femes satu dunia! Ada yang dari Korea, India, entah mana lagi pun aku tatau. Belgium pun ada!

Bersama pelancong dari Korea (agaknya la..)

2.
Disebabkan kesian ngan diorang asik kena bergambar, kitorang bawak pegi belakang sket. Amik shot2 kat tangga belakang. Macam2 angle disurvey untuk memastikan shots sentiasa fresh.

Casanova "meleperkan" diri.

3.
Pastu, pegi lak kat stesen ketapi, jumpa lak mamat ni...dia bukan sibuk tanya pengantin, sibuk tanya kitorang ni shoot ape la, itu la ini la...hahahahah!

Casanova sempat lak beramah mesra ngan mamat ni. Azmah tak puas hati (kat blakang). Mizan enterframe.

4.
Pastu, dah rasa macam mati akal, Casanova mencadangkan agar dibawa mereka ke The Heritage, bangunan KTM gak, tapi diambilalih oleh The Heritage. Memang dasat la kat situ! tapi aku takleh post la gambar2 kat situ sebab ye la, gambar yg aku nak masukkan dalam album, aku tak boh la kat sini selagi pengantin tak tengok. So, aku kongsi di balik tabir aje la eh..

(L-R) Ayie, Casanova (baju merah), marzuki82 (tak nampak, kat belakang Casa), Jamie (tengah tertonggeng) dan Mizan.

Jamie : "Bang, ok tak shot saya ni? Jangan la pukul kalau tak betul...sakit.."

(L-R) Ayie, Mizan, Casanova, marzuki82 dan Jamie. Thanks bro!

5.
Pas dah shoot2 tu, kitorang pun berangkat lah..puas hati memang tak terkata sebab ramai lak nak join shoot as a team! Lepas ni maybe leh ajak lagi sebab bila dah ramai2 camni baru la seronok buat kerja! Ada je idea dan pandangan memasing. Casa paling banyak menyumbang idea, excited barangkali! Ayie banyak sumbang teknikal, sama macam marzuki. Apepun, aku puas hati la sebab diorang sanggup join!!!! Yeaahhhh!! Thanks to all of you!!!


Last but not least kata orang putih...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...