Favourite Videoclips ( For Reasons)

Favourite Videoclips ( For Reasons)

Kali ni aku nak share something about videoclips. Yup, aku memang suka videoclips, sebab dari kecik mak aku, akak aku, suka bukak video, sambil² diorang kemas rumah. Kalau arwah mak aku, dia bukak lagu hindustan. Kalau akak aku, dia bukak lagu² zaman remaja dia la, macammmm.... Paula Abdul - Rush Rush. So kesukaan melayan videoclip ni lama² melekat dalam perangai aku, why? Lama² aku findout some meanings dari lagu, diterjemahkan dalam bentuk visual (which is, deria kita memang mencari input dan bila mata ngan telinga menerima serentak, ia lebih effective, apa aku ngarut nih? hahahaha!)

Aku tak ingat semua video yang aku suka, sebab aku dah collect dulu tapi hard disk aku kaput!. Jadi mana yang aku ingat ni laaa aku share k? Tak suka? Pheduli hape aku, ni blog aku! hahaahahah!

----------


1.
Director : Chris Cunningham
Artist : Bjork
MV : All Is Full Of Love


Sepasang robot sejantina yang ada perasaan, making love. Weird? Hell no. It's about love, so daripada dia portray manusia, baik dia complicatedkan video ni dengan menggunakan robot, pulak tu lesbian, agar lebih komplikated. Basic dia, it's just about love. But aku suka perasaan yg pelik tu bila tengok video ni. The lightings, the colors, the cinematography, it's really digging up my feelings thru this video. The way everything disusun, diadun, tak terasa this is a videoclip. Superb! Actually, ni video faveret aku. heheheh!

----------



2.
Director : Michel Gondry
Artist : Chemical Brothers
MV : Star Guitar

Kereta api yang bergerak. Pastu sekeliling pun ada pokok, tiang, bla bla bla. Bosan gila. Camni kata best? Takyah la Hadi oi.....Gua balik kampung naik KTM pun leh tgk menda camni. DEM. Kalau korang kata camtu, sedih beb. Sebab? Satu, Michel Gondry ni yang first buat efek Neo elak peluru dalam Matrix tu (cari la iklan vodka ke ape tah, aku lupa) dan salah satu director yang terer, Dua, Chemical Brothers tu bro, tak kenal? OK takpe. Moh aku citer pasal video ni. Video ni korang dengar lagu tu, then pemandangan tu as "visualizations", which is, kalau ada bunyi drum 3 kali, tiang tu akan keluar 3 kali. Bunyi bass drum 2 kali plak, 2 bijik rumah melepasi pemandangan. Cuba korang tengok bebetul. =)

----------


3.
Director : Grant Gee
Artist : Radiohead
MV : No Surprises

Satu video bajet dari band Radiohead yang aku rasa.... Aku rasa agak best. Sebab aku leh belek ketidaksimetrian muka si Thom Yorke. Dari telinga, mata, gigi, hidung... ahahhahahaha! Pelik aku mamat ni! Walaupun ketidaksempurnaan ini memang jelas ya amat, tapi dia ngan selamba buat ini sebagai videoclip. Satu dunia tengok ketidaksempurnaan ini. Aha! ape tah punya konsep! Jangan harap ada benda lain dari videoclip ini ok? Memang direct shots muka dia saje, pastu air naik penuh, pastu kosong balik. Tu je. Khas untuk anda menatap wajah dia. Zzzzzttttt!!!

-----------



4.
Director : Michel Gondry
Artist : Chemical Brothers
MV : Let Forever Be

Aku dah kata, Michel Gondry ni terer. Director yang terer. Lagi skali video dari Gondry + Chembros jadi pilihan hatiku. Ini "Umpama Mimpi Dalam Mimpi" yang sebenar. Jangan cuba track apa yang berlaku sebenarnya sebab nanti korang pening kepala. Tak sure si Gondry ni makan apa sebab camne tah dia fikir menda² camni. Gondry femes dengan videoclip yang pakai efek berteknologi rendah. Berbanding dengan apa yang patut ada zaman tu, sepatutnya ia lebih hebat, but whaddehel, ini pun da cukup hebat yaw!

-----------



5.
Director : Michel Gondry
Artist : Kylie Minogue
MV : Come Into My World

Hehehehe... Gondry lagi. OK, korang kena paham... aku tgk MV bukan la dari pengarah dulu, aku tengok video dulu. Then cari sape tuan direktornya. So skang, Gondry lagi. Jangan le salahkan aku ok? Hahahahha! Korang tengok la sendiri, camne aku tak suka. Yeah, even da banyak yang macam ni, (REM - Imitation of Life, Greenday - Basket Case) tapi diorang statik satu frame, yang ini rotation of 360 beb! hahahha! Jangan tengok Kylie aje ok? Tengok orang² kat belakang tu sekali, then cuba la fikir mcmana dia susun semua tu. Gua rasa Gondry hisap gam masa buat ni.. hahahahah!

-----------



6.
Director : Michael Panduro
Artist : HIMSA
MV : Unleash Carnage

First, perlahankan volume speaker kalau korang bukan kaki metal. Ni nampak je orang main tennis, tapi sebenarnya videoclip metal weh! Hahhahahaha! Mungkin diorang da boring asik buat videoclip ganas, so kali ni main tennis lak. Even ada la sket efek² yang tak cukup realistik but, new ideas bro! How many videoclip metal yang cenggini? =)

-----------



7.
Director : Phil Harder
Artist : Incubus
MV : Drive

Ala... takde pe pun videoclip ni. Aku just suka dengan penerapan idea diorang dari "Drawing Hands" oleh M.C. Escher dan Gerrit van Dijk dari "I Move, So I Am" (Holland, 1997). Selain daripada membuatkan gadis² tergilakan si vokalis jambu, Brandon Boyd, video ni tak banyak pun bestnya. Aku suka sebab interior building ni yang mengingatkan aku kepada background stage konsert Muse (aku lupa konsert mana), bangunan muzium Yahudi, dan mood video ni sendiri. Lagipun, ni blog aku kan? Sukati la aku nak suka ape. hahahah!

---------



8.
Director : Spike Jonze
Artist : Fatboy Slim
MV : Weapon of Choice

Spike Jonze ni terer gak. Aku tengok banyak video dia mostly something yang subtle, chill. Tak pening² but conceptualization, strong. Cuba layan Weezer - Island In The Sun, Chemical Brothers - Elektrobank, atau Bjork - It's Oh So Quite. Tu kerja² si Spike Jonze. Suka betul dia main tone colors untuk impak tambahan. Well, macam biasa je kan? tapi pada aku best. Mostly nama² besar akan cari directors yang terer² ni sebab susah nak padankan mood lagu dan video. Videoclip Malaysia? Ada yang ok. Sabar la. Layan dulu Spike Jonze!

-----------



9.
Director : (tak jumpa)
Artist : Muse
MV : Butterflies And Hurricanes

Tension betul aku cari sape director dia. Muse ni banyak videoclip dia yang best. Tapi aku suka yang ni sebab kolaj² dia tu. Agak best la.. banyak je yang buat camni tapi yang ni simple, masuk ngan lagu. Muse banyak video yang mengikut feelings lagu, macam Unintended, Hysteria, Starlight, dan banyak lagi. Unintended tu best, slowmo yg ada distortion. Korang pilih la mana korang suka. Banyak lah!

-----------



10.
Director : Stéphane Sednaoui
Artist : Bjork
MV : Big Time Sensuality

Berdiri di belakang trak panjang, pastu nyanyi feeling sorang² dengan penuh perasaan, meredah trafik di tetengah bandaraya New York. Simple. Tapi yang aku suka pasal makcik ni, macamana dia project emotions true facial expressions, muka kekerut, kalau happy, lelompat. Padahal belakang trak aje???? Well, how many times korang cuba rasa emosi dan projectkan ia melalui fizikal? =)

-----------

So, tu la serba sikit videoclips fav aku. Ada banyak lagi yang aku tak ingat. Gila pe nak listkan semua? Kang korang gak yang menyampah. But frankly speaking, aku suka video² ni sebab it's like, a finished artwork. Bunyi boleh sampaikan macam² perasaan, tapi aku nak tau dari sudut pencipta muzik tu sendiri. Videoclips @ music video IS a finished product of a song (pada aku lah).

How about you? =)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...