Keep Learning!

Ehem. Testing Testing. OK here it goes...

HNAD Studio, brand fotografi kawan aku, Azhar Dahalan dan aku, sedang menyusun kembali strategi perniagaan untuk 2012. Sedar tak sedar, kami dah setahun beroperasi! Memacam perkara yang dipelajari, baik dari segi perancangan perniagaan, pemasaran, teknikal dan... macam-macamlah!

Selama setahun tu jugaklah, banyak in-out. Itu ini begitu begini. Job weddings memberi kami banyak inputs dari segi pemasaran dan teknikal, manakala R&D shots lak menerapkan pemahaman kepada blending themes dan pembinaan concepts thru shots. Bab tu nanti la aku share, berjela nak cerita kat sini. hehehe...

Oh so here we are, sharing works (in brief) dari genre weddings. Here's the weddings dari Ogos 2010 hingga 2011 :

1. Khairy + Wida

Officially, this is our first job. Job weddings yang pertama di bawah HNAD Studio. Excited terlebih time ni! hahahah! It's a good thing actually, sebab kat job ni aku ngan Azhar Dahalan mula sesuaikan diri dengan stroke dan style masing². Gambar ni dirakam di Bukit Broga, Negeri Sembilan atas cadangan kitorang kepada kapel ni (dengan harapan dapat membeat kolaborasi CandidSyndrome + Kukubesi yang femes dengan gambar perkahwinan angkasawan negara, hahahaha! kidding yo!) . Sebenarnya, apa yang kitorang pre-visualizekan adalah tak sama dengan final shots. Ini la yang dikatakan, manusia punya asa, tuhan punya kuasa. =D. At the end of the day, kami suka dengan hasil outdoor ni! (dah bawak khemah 8 X 8 kaki ngan tangga lipat, kalau tak suka, tak tau la...)

-------------

2. Haykal + Melissa

Haykal dan Melissa adalah hasil marketing secara "word of mouth". Keduanya simple gila, they just let us work dengan suka hati. Hahahaaha! Pada job ni, kami kena shoot dengan satu team photographer yang lain, Ikram Ismail. Aduhai... cuak je rasa masa tu. Sekali diorang bawak speedlight sampai 9 weh! Terkesima jap kitorang! tapi no worries, dia ada art direction sendiri, dan kami buat je keja kami. Diorang lak supportive dan tak kedekut ilmu! Gamba ni dirakam dekat taman permainan sebelah sekolah lama diorang, which is, bila dapat gamba kawin diorang, Haykal ngan Melissa termasuk kawan2 diorang sendiri tak percaya yang gamba2 outdoor diorang yang diambik dekat tempat yang langsung diorang tak sangka untuk hari perkahwinan diorang, nampak best. Hehehe! rezeki diorang la tu! Alhamdulillah!=D

-------------

3. Akthar + Farizah
Job ni berlangsung di dua tempat, Penang dan Port Dickson. Yang kat Penang berlangsung dekat Eastern & Oriental, dan PD lak kat PD Golfclub (E&O memang best la... cuma tak dapat shoot siang. Grrr!) Pasangan pengantin keturunan India Muslim, jadi upacara perkahwinan mereka mempunyai "fusion" dua budaya, India dan Melayu. Satu pengalaman yang menarik untuk dipelajari dan beberapa tips disampaikan oleh orang sekeliling seperti makcik dan pakcik mereka, orang caterer, dan sanak saudara. Mereka pulak supportive! Senang bekerjasama dengan diorang. Akthar yang serius sebenarnya, ada humor tersendiri.. hehehehe! (Sempat gak kitorang bedal pasemboq dan few famous places untuk makanan kat Penang weh!!!)

-------------

4. Damak + Nadia

Damak dan Nadia ni... hehehe.. comel diorang dua ni! Team kitorang tak putus² sebut pasal kecomelan diorang! Damak adalah adik kepada seorang pelakon wanita, Syanie. Tapi yang best mengenai perkahwinan diorang ni adalah, it's a well planned weddings, which is, dari senarai jemputan sehingga ke perkara sekecil beadings pun ada perhatian yang diberi. Diorang dua ni tak putus gelak. Gelak, gelak dan gelak!!!! hahahaha!

-------------

5. Omar + Zana

Pasangan ini bertunang dengan ambient yang sederhana! Aku suka! Yang paling aku suka adalah makanan yang dihidangkan, ala kampung. Hehehehe... Simple, dan part yang susahnya adalah nak crave the best out of it! It's your job to make sure, good photos with good stories are captured. Otherwise, you can blame the camera. Hahahahha! - Alhamdulillah, kami dapat apa yang kami mahukan! =D

-------------

6. Dzulfadli + Azura

Pasangan ini mempunyai banyak idea, memandangkan perkahwinan mereka melibatkan 2 versi tema, Melayu dan English. Job ini juga menuntut kecekalan dan keazaman (ayat poyo, hahahahah!) yang tinggi sebab, at first kami setup untuk pakai theme color stendet, bila da abis job, Azhar Dahalan kata client nak soft colors @ pastels. Gulp! Tuhan ajelah yang tahu dah berapa milimeter kulit kepala ilang akibat tergaru-garu memikirkan solutions! Mereka merupakan pasangan yang gila-gila, namun diorang tak tahu rupanya kerja merakam gambar juga adalah kerja gila, 5 jam tak tentu cukup untuk outdoor. Ya, kami menang lagi, pengantin serender sebab penat. Hehehehe!

-------------

7. Fawwaz + Hidayah

Fawwaz dan Hidayah ni.... job yang paling kami geram. Sebab? Sebab si Dayah ni dia tak tau duduk senyap. Tengah sesedap nak shoot skali dia gelak. Bhahahahah! Memang keja nak gelak aje la kitorang! But mcm biasa, most of the clients are very supportive dan cool! Suruh panjat bukit, panjat. Suruh lari, lari. Minta aje lah diorang untuk buat ape, sure diorang buat! Gambar diorang ni dirakam kat Taman Botani Putrajaya, kat mana tu? kat area bukit. Sebenarnya diorang penat sebab panjat bukit dengan baju kawin tu... hahahahha! Puas ati buli pengantin!

-------------

8. Affendy + Suhana

Affendy ni sebenarnya foremen keta kat area umah aku, another word of mouth dari circle kengkawan. Adalah suatu cabaran gak job ni sebab diorang nak something which is, yang diorang rasa tak pernah tengok lagi (susah ni... mana la kitorang tau apa yg diorang da tengok kan?) Ngan job diorang ni, kitorang shoot kat satu pulau kecik area Melaka! tapi nak kena tunggu laut surut dulu, kalau tak jalan ke pulau tu takde. Gileee wehhh!!! Satu lagi yang aku tak lupa pasal job ni, lauk kenduri dia....masak gulai lemak putik durian beb! aduuuu kecurrrrr!!!! Tengkiu wehh sebab sediakan lauk rare tu! =D

-------------

9. Ben + Farah

Satu lagi pasangan yang mencabar minda. Diorang nak something yang diluar jangkaan diorang. Aduhai... job² macam ni bukan ape, takut wohhh kalau tak dapat beat the expectations! Tapi yang bestnya, diorang ni sporting abis! Bukan diorang je, satu family sporting! Orang Perak yob... pepaham suda.. hahahah! Disebabkan itu, diorang sendiri mencadangkan nak buat outdoor kat Broga. Broga lagi??? Belasah aje la, janji diorang suka! Dan kali ni tak bawak naik khemah, bawak naik tangga je. Tecabut lutut beb bawak equipments. Dan masalah utama apabila shoot di tempat yang sama adalah, nak avoid the same shots dari previous job. Alhamdulillah we managed to have few shots which is, kami puas hati! =D

-------------

10. Afiq + Adawiyah

Kesian sebenarnya diorang ni... diorang nak shoot outdoor kat Bukit Tinggi, dan kami dah acknowledge diorang yang permit kena obtain awal², disebabkan kesibukan tugas harian, Adawiyah lupa nak dapatkan permit. Tapi.... kitorang bedal aje pegi shoot! Bukan ape, Adawiyah ni agak meticulous upon few things, so kami nak bagi yang sebaik mungkin pada dia, majlis dia pun meriah, keluarga cikgu ni! dari atuk sampai la ke dia sendiri, semuanya cikgu! kira penyayanglah ni. hehehehe!

-------------

11. Shafiq + Idayu

Diorang ni melangsungkan akad dahulu, kemudian sanding disember ni. Ayu ni part time model, Shafiq lak kerja dia something to do ngan fitness + health, memang bleh shoot ala² fashion dalam magazine Harper's Bazaar @ Elle, atau ape² aje la berkaitan ngan fashion! Sorang macho, sorang lagi cantik. Tak sabar lak nak tunggu persandingan diorang (berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa - maklumat setakat ini, mungkin ada perubahan?) Dedua lovely ya amat weh.... rasa macam nak kawinnnn je!!!! Warghhh!!!!

-------------

12. Adib + Fiza

Ahahahahaha teringat la cover job Adib ngan Fiza ni, Adib seorang yang shy² cat manakala Fiza lak kerja dia ngusik si Adib je. Dedua kelakar beb! Fiza ni dia selambe je, kekadang terbehenti nak shoot sebab si Fiza ni buat lawak! Apa yang best diorang ni, non-stop gurau sesama sendiri. Aduhai.... kekadang tu stop shoot jap tengok diorang bergurau, then sambung shoot. ada je menda diorang nak bergurau! Adib memang best, walaupun pendiam tapi kerjasama, tetap adaaaa! cakap je, nak suh buat camne, dia memang akan buat! Da la tak abis² bergurau... memang bahagialahh rumah tangga!

-------------

13 . Zul + Husna

Job kali ini... job ini... job ini mempunyai cerita dia sendiri. Kami ditugaskan untuk merakam pertunangan ini, tanpa ada input khas dari pasangan. Sebabnya? Sebabnya Zul adalah seorang photographer juga. Jadi bila kami tanya apa dia nak, what shots ke ape ke, dia just cakap, "shoot mcm biasa korang buat." . Dan sebenarnya, kami nak shoot dengan tone yang lembut. Jadi kalau diperhatikan, job ni kaler settingsnya berbeza dengan yang lain. Kebebasan 100%! wohoooo!!!!!

-------------

Walaupun cuma ada 13 job, average sebulan 1 job, tapi kami sentiasa rasa sibuk yang amat! Ye la, bukan weddings saja yang perlu dicover, ada juga genre lain yg kena dicover itu ini. Kalau events biasa² takpe, ni yang nak kena ada theme, nak kena duduk discuss lagi, bla bla bla.. so, ada banyak process involvement, bukan angkat kamera dan tembak². Still learning... takde stop². =)

Mostly, dalam weddings ni, kami banyak belajar communications, relationship dengan clients, nak handle diorang masa shoot, marketings, brandings, dan memacam lagi. Sebab dalam weddings, ada mcm2 jenis genre,: products, portraiture, fashion, journalism, actions, bla bla bla. Jadi, how to master semua ni dalam jangka masa pendek? NO. Takde jangka masa pendek. Either you want to learn it or just leave it.

Maka dalam job² di atas tu lah kami memperbaiki mutu gambar, dan business. Alhamdulillah.... walaupun tak lah banyak gila tapi, ianya lebih dari apa yang kami bayangkan! Hopefully, lepas ni kami dapat menaikkan lagi kualiti dalam genre weddings nih!

See you again in another post! =)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...