Projek Analemma!

Aha~

Kelmarin, aku baru dapat info dari partner aku. Partner aku ni suka search benda pepelik, pastu nanti dia citer kat aku. Kali ni dia cerita pasal Analemma. Sheet, ape menda tuh? Meh aku share sikit. Interesting yo!

Sudah bertahun-tahun aku perhatikan kedudukan matahari terbit kat bukit rumah aku. Ini adalah kesan daripada dapat mimpi matahari terbit dari Barat. Selepas aku perhati selama beberapa tahun. Aku perasan yang matahari tak naik pada tempat yang sama! Betul ke mata aku ni? Contoh la.. aku tengok hari ni matahari naik kat jurang bukit, 5 bulan lepas tu ia akan naik kat puncak bukit yg di atas jurang tu pulak. Hmmmm.... 

OK, sebenarnya, ini adalah kesan daripada penyengetan bumi ke atas matahari, yakni, mengesahkan bahawasanya (bahasa... hahahaha) teori graviti tu betul la hehehehe... Jadi, sekiranya aku mengambil / merakam gambar matahari pada pukul 8.00 pagi, di tempat yang sama, setiap hari ( ikut la, sebulan 10 kali ke, 2 kali ke), dan aku rakam selama setahun, kemudian, aku tindih² gambar ni sekaligus, bukit pokok bangunan semua akan berada pada tempat yang sama manakala matahari akan membentuk seperti nombor 8! Check imej di bawah!

Kiri: Imej oleh Vasilij Rumyantsev, Crimean Astrophysical Observatory
Kanan: Imej oleh Anthony Ayiomamitis, Greece.
" Tipulah Hadi Nor ni! Matahari macamana bleh bulat mcm tu! kan dia ada sinaran semua tu? " OK² jangan rasa pelik. Bagi anda yang bukan jurugambar, matahari memanglah tak nampak bulat mcm tu kan? tapi dengan pakai filter dan beberapa setup pada gears (kamera), matahari memang nampak macam tu. Dan selepas gambar² ni dirakam, gambar taklah sejelas ini, jurukamera akan ambik gambar yang paling baik untuk menampakkan keadaan sekitar, kemudian jurukamera akan pilih matahari saja, ditempek atas satu gambar, untuk menampakkan fenomena Alanemma ni. Kalau sebijik je matahari dalam gambar camne nak nampak bentuk 8 tu kan? kan? kan? =)

Imej oleh Dennis di Cicco, Sky And Telescope.
Subhanallah.. Cantik kan ciptaanNya? Aku nak ada gambar Analemma sebab sebagai jurugambar, dan hidup sekali aje, aku nak tengok sendiri ngan mata aku fenomena ni. Apa guna jadi jurugambar tapi ada peluang tak kejar, hehehhe...

Jadi, selepas teruja dengan informasi ni, aku pun nak buat satu! Bukan apa, kejadian macam ni barulah best nak dicapture ngan kamera! Apa... ingat aku cuma suka ambik gambar model saje? Skang aku nak stadi deeper untuk projek ni. Jadi... lagi setahun aku bagi tengok gambar Analemma aku ye! =D

p/s : boleh dapatkan informasi tambahan di link ini, baca sendiri. Kalau tak paham, cari kamus! :

http://www.perseus.gr/Astro-Solar-Analemma.htm
http://www.analemma.com/Pages/framesPage.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Analemma

3 comments:

tomrawk said...

salah satu tanda keagungan Allah SWT..subhanallah.teruja ai!

Hadi Nor said...

aku pun baru tau. tu yang nak buat satu! =D

cikmegipama said...

naisss... bertambah lagi ilmu utk hari ni.
tengss~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...