Soalan Cepumas : "Saya Nak Beli Kamera. Kamera Apa Yang Best Eh?"

Oyeah.

Ini adalah soalan cepumas yang selalu aku dapat : "Saya Nak Beli Kamera. Kamera Apa Yang Best Eh?"

Well (ceh poyo, tampar kang?) ... susah sebenarnya soalan ni. Silap jawab, aku jugak yang disalahkan nanti. So nak playsafe, aku bagi la link Ken Rockwell. Hehehehhe.. tak lah. Orait. Aku tak sure kamera apa yang best sebenarnya. Kamera yang paling best skang ni pada aku adalah kamera aku sendiri, Nikon D80. Woohoooooo!!!!

Jangan la marah. Bak kata Chase Jarvis, "the best camera is the one that's with you". Pesaipa dia habaq lagu ni???? Chill. Jangan la melenting. Bagi seseorang yang dah terer macam dia, mesti la ada sebab kenapa dia kata macam tu. Betoi dak? Sebabnya, pada hemat dia, kamera yang terbest adalah kamera yang bleh capture bilamana anda mahu. Contoh laaa.... anak ke, adik ke, kawan baik anda tengah hepi dapat hadiah, time tu yang ada kamera henpon je. So? dari anda tak dapat simpan memori tu, takde rotan akar pun jadi la ye dak? Sekarang, kamera henpon tu best tak? =P

Besok² anak korang dah besar, aku nak tunjuk gambar ni, "haa tengok bapak korang, ni masa korang umur setahun dua, main game kat warung je!" - kalau takde kamera henpon, takde la kenangan mcm ni! =)
Sekadar boleh merakam, kamera henpon dah memadai !=)
Sebenarnya, jangan mudah tertipu dengan memacam cadangan, pandangan, bla bla bla. Sometimes, anda pergi ke kedai kamera dan tanya, diorang akan suggest few models, which is, mungkin model tu susah nak dijual. Maka terpedayalah anda dengan keringanan model tersebut, kesenangan menunya, bla bla bla malas aku nak state ayat goreng tak hangus peruncit tak jujur tu. Here, I'll share with you few tips to how to get the best camera for you. Yeah, I'm not so-called pro to tell you all this thing but, whadehel? I'm just sharing!

Sebelum membeli kamera, cuba pastikan few things seperti di bawah:

1. Pastikan kegunaan dan fungsi bakal kamera tersebut.
OK, anda beli kamera sebab nak tangkap gambar kengkawan makan reramai kat Secret Recipe, atau ambik gambar sendiri semasa harijadi adik angkat, atau, ambik gambar kawan² dalam kursus. Nanti balik je lepas snap leh share² ngan kawan sambil² burn dalam CD pastu diorang bayar la RM3 - RM5. Kos burn CD dan tertonggeng terlompat masa shoot.

Zaman belajar main kamera, D40 je masa ni. OK la tu! 
Fungsi sebegini tak perlulah beli mid-range punya kamera yang harga dah jejak RM3000. Bukan lah tak penting, tapi rugi. Banyak function yang anda tak guna nanti. Tak ke rugi? Setiap teknologi yang disertakan dalam sesuatu model kamera mempunyai harga yang anda bayar. Jadi, anda bayar fungsi yang anda sendiri tak pakai, rugi rugi..

Kebanyakan peminat foto beli kamera sebab kena racun ngan member. "Kau beli la D90, bleh amik video." Ye lah kau. Setakat nak rakam je tanpa kepentingan estetik yang tinggi, sampai hati kau sajes member tu model sekitar RM2500 - RM3000. D5000, D3100 pun dah ok pe? Isk.... kejam kejam. Hehehhe...

Setakat nak belajar, berjinak², sebuah kamera sekitar RM1800 - RM2300 pun dah memadai. Nak kenal basic function dulu, buat apelah spend bebanyak. Kang passion tu ke longkang, salahkan kamera tak hebat. Aduhai kawan, kamera tu ikut kemampuan dia yang terbatas sahaja, kemampuan anda yang tak terbatas tu sekali sekala (selalu pun bagus) dipersalahkan, ada jugak hasilnya =)

2. Tahu jenis kerja yang mahu dilaksanakan (bagi yang serius nak main kamera)
Ni satu lagi fi'il. Ye, saya faham bebenar kehendak dan citarasa tinggi anda terhadap kualiti dan keupayaan anda pada sesatu model kamera. Tapi, ketahuilah bahawa bukan semua gambar anda bakal terpampang di billboard tepi highway. Kebanyakan takkan diprint lebih besar dari A3. Jadi apakah relevannya berkejar nak beli fullframe? Lainlah anda nak buat stock photo, itu lain kisahnya.

Sesetengah kamera digital tidak mampu memuaskan kehendak seorang jurugambar. Kamera filem la jawapnya...
Sekiranya anda peminat landscape, fullframe boleh laaaa memenuhi kehendak anda. Sekacaknya, satu large format barulah secocok dengan landscape. Alang² menyeluk pekasam bak kata orang tua. Mungkin anda memerlukan kamera yang pantas, tuntas, dan cergas, untuk tugasan kewartawanan. Maka, belilah jenama famous dalam kewartawanan harian, Canon. Wartawan pun bawak 50D je pegi buat assignment. Ye la, kalau la tiba² kena pukul ke, ape ke, takde la rasa ralat bawak 1Ds Mark VI dia tu. hehehe..

Pastikan apa format persembahan terakhir gambar anda tu. Kalau berhajat nak terpampang dalam magazine, cubalah dapatkan sebaik kamera yang sesuai. Ada je gambar 1000D Canon dan D40 keluar magazine. Hasselblad pun ada yang tak menang dalam POTY2010. Camera is just a tool bro!

3. Cuba dahulu kamera kawan².
Ni cara paling senanglah. Tak lah 100% reliable. Tapi dah terbukti pun. Dalam group Nikon, tetiba ada sorang budak Canon. Sudahlah bergear asas, memang tak merasalah nak tetukar lens. Sebab apa bleh beli Canon? Kedai cakap Canon lagi murah. Dah satu hal... pastu mengadu function Nikon senang. Sape suruh ikut kedai? Mungkin lepas test test kamera kawan, pastu beli sama jenis, at least proses nak belajar tu senang sikit.

Contoh laa... contoh..., anda cuba² jinak ambik job, besday anak member. Anda baru je main kamera. Shoot punya shoot, gambar gelap gak. "Member aku cakap, adjust shutterspeed atau aperture.". Maka si fulan pun call la member dia...

"Halo? Abu, apsal gelap eh? aku dah ekjas shutterspeed ngan aperture, gelap gak."

"Kau adjust ISO tak?"

"ISO tu ape?"

"Kau cari button ada tulis ISO, pastu tekan, pastu adjust la kat dial button."

"Yang mana ni?"

"Eh kau pakai kamera ape?"

"Sony"

Dah satu hal... kalau sama jenis, senang juga la nak cerita kan? Tu contoh laa... Semasa nak belajar ni, kurangkan lah ketaksamaan dalam grup yang anda join, bukan apa, banyak benda nak diingat sebelum biasa dengan memacam button dan fungsi. Belum masuk bab basic seni lagi. Adui laaa... cecuba cecuba, ok? =)

4. Ikut bajet anda, bukan bajet kawan anda.
Dah tu sapa yg nak pakai kamera ni? Pian kata beli D300s, duit ada la RM2300. Pian kata D300s ni bagus. Memanglah bagus. Sape cakap tak bagus? Dah tu bajet ada banyak tu je, nak pulak baru belajar. D300s terus. Jangan macam tu. Sayang sungguh uang tu. Nanti tak sempat khatam, minat dah khatam dulu. Naya. Orang berniaga kata, berkembanglah bisnes melalui permintaan, bukan melalui kehendak sendiri. 

Ikut rasa binasa, ikut hati mati. Harga da macam Myvi Lagi Best menatang ni! Hasselblad H4D-40 tak silap aku.
Memula beli je D40, pastu up sket D90. Pastu D300s, pastu sukati laaa da terer dah masa tu. Job pun da memacam, ye la business card pun da habis edar. Sudahnya, kena beli Hasselblad atau Phase One sebab dapat job baik punya ngan chartered company! Rezeki belajar slow²! =)

Maka macam tu la serba sedikit cadangan aku. Yeah. Bukan cadangan terbaik. Tapi daripada tak bagitau orang the realistic reason, baik aku share apa yang aku tahu ye dak? Seriously, takde kamera yang tak bagus. Semua kamera bagus. Macamana kita mengendalikan dan memaksimakan sebaik mungkin, tu yang menentukan bagus ke tak..... diri anda. hehehehe..

Okeh, selalunya bila aku dapat soalan "Saya Nak Beli Kamera. Kamera Apa Yang Best Eh?"

Aku akan jawap : " Kau rasa? " =)

*nota : penulis tak bertanggungjawab sekiranya selepas ikut tips ni, anda masih tak puas hati dengan kamera anda. Kamera Didahulukam, Gambar Diutamakan. Choyyyyy!!!!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...