Time-Lapse di Gurun Atacama


Pertama sekali, apa itu Time-Lapse? Time-Lapse ni adalah satu teknik sinematografi yang.... aku explain dalam bahasa pasar la eh? Teknik time-lapse ni satu teknik yang mana, korang ambik seberapa banyak gambar, kemudian disusun mengikut aturan, dan mainkan dia dalam satu siri masa. Macam korang buh dia kat dalam slideshow, susun bebanyak, pastu play dalam satu kelajuan. Boleh la dapat macam slow-motion video.

Tapi bukan la tu yang aku nak share. Aku nak share kecantikan satu time-lapse yang dishoot di Gurun Atacama. Gurun Atacama adalah sebuah gurun yang dideclare sebagai mempunyai udara paling kering,  kurang pencemaran cahaya dan gangguan isyarat radio (sebab berada jauh dengan bandar² disekeliling). Maka ia amat sesuai untuk dijadikan lokasi untuk menjalankan pemerhatian angkasa lepas.

Disebabkan kekacakkan lokasi ni, untuk melihat langit dengan bintang berteraburan adalah sangat mengkagumkan sekali. Cuba korang tengok video di bawah. Kalau rasa nak ajak awek tengok bintang sambil membuat janji palsu, tempat ni sangat sesuai. Sila layan video ini.


Credits:

ALL IMAGES: (eso.org) Taken on location by Stéphane Guisard and José Francisco Salgado, at the VLT (Paranal), ALMA (Chajnantor) Observatories and the E-ELT Site (Armazones) in the Atacama Desert, II Region, CHILE.

ESO/S. Guisard (http://www.eso.org/~sguisard)

ESO/José Francisco Salgado (http://www.josefrancisco.org)

MUSIC SCORE: "Post Mortem" - God Is An Astronaut (2008)
[http://www.facebook.com/godiaa]

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...