Sejarah Mengenai Perisian Adobe Photoshop

Ini mengenai sejarah. Memang banyak tulisan dari gambar. Info-Eaters, eat this! =D

Aku berani jamin hampir 90% peratus gambar² yang cantik² editingnya datang dari program Adobe Photoshop. Bagi yang tak tau ape menda tu Adobe Photoshop, ia merupakan satu program untuk manusia menambahbaik atau, menambahburuk imejan grafik atau dengan mudahnya, imej, gambar, atau visual. Alahai... yang korang dengar superimposed ke, gambar orang kurus jadi gemok ke, mostly diorang guna program ni.

Adobe Photoshop (AP) 'lahir' pada 27 tahun yang lalu (yakni 1984), masa tu komputer Mac mula dijual dan bapa kepada adik-beradik Thomas dan John Knoll (TK & JK) pun beli la komputer tu. Lepas da pakai punya pakai, pada tahun 1987, TK yang sedang belajar untuk mendapatkan Ph.D dalam Pemprosesan Imej di University of Michigan, bengang dengan keupayaan Apple Mac Plus yang baru dibeli untuk membantu dalam tesis dia. Sape la tak bengang, PC Apple time tu cuma bleh display imej dalam 1-bit je. Tak boleh tengok imej dalam greyscale! Maka dengan gaya hackers, Thomas pun mula programming bagi mendapatkan apa yang dia nak, sesuai dengan thesis dia...

Greyscale, 1-Bit, dan imej dithered. Apple time tu cuma bleh tengok gambar 1-bit, fuuu!!!

Pastu, masa cuti² Amerika, si John yang sedang bekerja dengan Industrial Light & Magic atau ILM (unit yang baru ditubuhkan bagi kerja² special effects di Lucasfilm - Lucasfilm adalah production house untuk cerita Star Wars, so get the picture?) pun datang melawat Thomas, dan dia tekejut sebab apa yang Thomas usahakan tu hampir sama dengan apa yang Pixar ada untuk memproses imej (maknanya program yang ada dalam sebuah mesin di ILM) 

- info: Pixar adalah sebuah unit yang join ILM untuk beberapa kerja special effects, so jangan rasa pening kenapa mesin kepunyaan Pixar ada pada ILM ye?)

Sambung balik. Selepas John rasa teruja, diorang pun sama² membangunkan kerja si Thomas tu dalam skala yang lebih gempak, dan menamakan program tu dengan nama Display. Untuk program ni, Thomas dengan cool ambik cuti belajar 6 bulan semata² nak develop program Display tu. Tak lama lepas tu, John beli Macintosh II dan me"rachun" Thomas supaya Display diperbaiki supaya dapat beroperasi dalam warna. Makin banyak dia tengok perkembangan Display, makin banyak pulak features yang disuruh tambah seperti gamma correction, saving other file format, dan lelain lagi.

Walaupun rengekan John ni betul² mengacau fokus si Thomas, tapi dia ok je. Malah dia berjaya menghasilkan cara² inovatif dalam memilih beberapa bahagian dalam gambar yang boleh diedit dan mempunyai kesan semasa memproses gambar, juga menghasilkan beberapa set arahan memproses imej yang mana kemudian, ia menjadi plug-ins. Features seperti Levels, Color Balance, Hue & Saturation pun tercipta dan ini la yang membuatkan program Display ni da cukup best pada masa tu, sebab kalau nak diikutkan memang takde la orang lain nak merasa program sehebat ni, kecuali dalam ILM, bukan MLM ok!

"Kalau aku tak merengek, belum tentu korang bleh kaya
pakai software pirate aku tahu!" - John Knoll.
Selepas dah konfiden bahawa program tu dah cukup best, Thomas dan John join satu pameran perdagangan bernama MacWorld Tradeshow (ni semua idea si John untuk commercializekan Display), dan target diorang satu je: nak cari investor. Punya la tertekan si Thomas masa tu, sudahlah isteri tersayang nak bersalin, duit belajar pulak dah nak abis, thesis dah hampir² ke laut. Dengan nama program kerap bertukar dari Display ke ImagePro (ditukar semasa proses mencari investor), kemudian tukar lagi, tukar tukar tukarMungkin diorang tukar² nama sebab strategi memancing investor? Aku pun tak sure. Nak tau lebih lanjut sila ajak John ngan Thomas ngeteh.

Thomas masih cool lagi masa ni. Dia bagi chance kat diri dia lagi 6 bulan untuk siapkan Beta Version bagi ImagePro, sementara dalam masa yang ada tu, John pegi cari investors sekitar Silicon Valley. Apa yang peliknya, kebanyakan syarikat korporat masa tu suka dengan program ImagePro ni, sebab time tu program tu kira gempak la nak dibandingkan dengan apa yang ada pada masa tu seperti SuperMac, yang ada program sendiri yang tersedia popular, PixelPaint.

Masa tu, diorang approach gak company berasaskan industri fotografi seperti Kodak dan juga Adobe. Nikon juga telah diapproach, masa tu Nikon USA dan Nikon Europe dah suka dahhh ngan program tu, tapi Nikon Japan cakap kemungkinan demand untuk program tu takde. Lagipun, diorang bukan company software, kalau tidak, mungkin nama program tu adalah Nikon Photoshop. waduhhh!!!

"Sabar tu penting dalam rumahtangga ya adik² ~"
- Thomas Knoll
Tetiba, sebuah company scanner bernama BarneyScan (adakah alat scanner itu berwarna purple???) berminat dengan program tu tapi untuk jangkamasa pendek lah deal diorang tu. Ape ada hal? Omputih pun tahu, " No Rattan Root Oso OK maahh!". Tapi, program diorang hanya disertakan dengan jualan scanner, maknanya, sape beli scanner akan dapat program tu skali. dan ImagePro dinamakan BarneyScan XP. Boleh lahhhh..... (dan ia terjual secara bundle hanya 200 unit. OK la, ori beb, bukan pirate tau?)

Mungkin BarneyScan pun tak confident, diorang pun setel la deal tu. Pada September 1988 (sesetengah sumber kata awal 1989), John pergi sekali lagi ke Adobe, dan berjumpa dengan Russell Brown, present punya present, maka Adobe pun bersetuju untuk membeli hak ke atas ImagePro dengan syarat, ia hanya dilesen dan diedarkan di bawah Adobe dengan nama Photoshop. Maka amanlah sekejap si Thomas yang sudah banyak habis uang dan keringat.

Walaupun sudah dapat investor, Thomas masih kena siapkan Photoshop bagi memastikan ia betul² ngam ho untuk pelancaran Adobe Photoshop 1.0. Thomas terus menyiapkan kesemua aplikasi utama manakala John menyumbangkan plug-ins. Selepas 10 bulan berhempas pulas, pada Februari 1990 Adobe Photoshop 1.0 yang pertama mula dijual.

Akhirnyaaaa!!!! Err.. ni la rupa "splash" pertama Photoshop di bawah Adobe.
OK, korang jangan tak tahu, masa ni AP hanya boleh digunakan pada komputer Apple, Macintosh. Memang sejak azali lagi, Apple hanya mensasarkan jualan produk kepada golongan specialists (macam jurugambar, pembikin filem, bla bla bla) membuatkan Adobe rasa tak best. Kalau boleh dia nak semua orang boleh guna program ni termasuk PC user. Jadi dalam Adobe Photoshop 2.0 masih di fasa pembikinan, diorang hire staff bernama Mark Hamburg menambah features seperti Add Bezier paths, Pen Tool, Duotones, Import & Rasterisation of Illustrators File dan juga, support CMYK colour.

Bagi mengembangkan lagi kebolehan AP ini beroperasi dalam komputer Windows, sekumpulan manusia yang dikepalai oleh Bryan Lamkin dibawa masuk. Walaupun mempunyai features yang sangat maju, iaitu menyokong file 16-Bit, ia dipasarkan dibawah version 2.5, bukan 3.0.

Layers, adalah satu features terpenting dalam program pemprosesan imej telah diperkenalkan dalam Adobe Photoshop 3.0, membuatkan banyak program² yang cuba bersaing dengan mereka, telan air liur. Ciri layers ini membuka lembaran baru dalam bidang pemprosesan imej, meninggalkan pesaing mereka jauh ke belakang, juga, ia tersedia beroperasi pada PC (maknanya Windows le tu..) seperti version 2.5.

Selepas tu, diorang tambah lagi beberapa features yang membuatkan competitors geleng kepala, iaitu Color Management, History Pallete, yang membuka lebih banyak new possibilities dalam image processing dalam version 5.0.

Kemudian, pengeluaran version berikutnya menjadikan ia program yang sangat versatile dari masa ke semasa dengan penambahan banyak features baru seperti healing brush, clone stamp, black and white conversion... err... sungguh banyak, serius! Sehinggalah hari ini, Adobe Photoshop sudahpun menjejaki version CS5 ( kalau nak ikut version, dah jejak version 12.0 yg dinamakan CS5). Di bawah adalah splash screen dari mula ia wujud sampai la skang.

Display .07
PhotoShop 0.87 (BarneyScan XP)
Adobe Photoshop 1.0
Adobe Photoshop 2.0
Adobe Photoshop 2.5
Adobe Photoshop 3.0
Adobe Photoshop 4.0
Adobe Photoshop 5.0
Adobe Photoshop 5.5
Adobe Photoshop 6.0
Adobe Photoshop 7.0
Adobe Photoshop CS
Adobe Photoshop CS2
Adobe Photoshop CS3
Adobe Photoshop CS4
Adobe Photoshop CS5
Macam tu la serba sedikit kisah mengenai perisian Adobe Photoshop. Sori kalau panjang sangat, aku dah cuba pendekkan, tapi... buku sejarah mana yang nipis whoi!!! Hahhaahahaha! Aku pun start guna photoshop pirate  masa version 5.5. Skang guna CS3 je, aku tak reti la guna features tambahan yang ada.

Dan lupa nak bagitau, mamat bernama Jeff Schewe, yang nama dia banyak kat splash screen tu sebenarnya orang yang bertanggungjawab testing² serta guide programmer dalam menentukan hala tuju features yang ada dalam AP. Lupa lak aku nak bagitau, he's painter before shooter. Tak hairan la mana datang semua features seakan buat lukisan kan? =)

Okay, sori buat korang penat membaca!

(source : computerarts, lowendmac, storyphoto, schewephoto, photoshopnews, techcrunch)

6 comments:

Anonymous said...

erppp alhamdulillah.. kenyang da makan info nih.. sungguh berguna!!

Anonymous said...

Kebanyakan splash screen AP ni, ada mata satu.. iluminati?

Hadi Nor said...

Agaknya kot. Terima kasih Illuminati kerana banyak membantu ramai jurukamera cari makan di Malaysia. =P

Tak tau la bab tu. Tak sampai ke situ lagi, just love to do photography.

Anonymous said...

perghhh u know what...leka giler bace entry ni!

haha terbaekk bro! tanx for this great infor..

;)

Anonymous said...

ouh. power power...
sy gune photoshop nih since photoshop cs2.

cinta dgn photoshop. :p

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...