Laser Dan Sensor Kamera Tidak Sejoli.


Bagi mereka yang menggunakan DSLR sebagai perakam video, atau lebih dikenali sebagai VDSLR, video ini boleh membuatkan anda 2-3 atau 100-200 kali fikir, "kalau le aku kena macam ni.... isk isk." 

Sebagaimana yang kita tahu, laser ni adalah satu bentuk cahaya jugak. Bahasa senangnya, laser ni macamcahaya yang dimampatkan, ada yang berkuasa rendah, ada yang berkuasa tinggi. 

Manakala sensor kamera DSLR pula, peka kepada cahaya dan, mampu mencerap cahaya sehingga beberapa julat sukatan sahaja.

Disebabkan itu, dedahan kepada laser berkekuatan lebih tinggi dari apa yg sensor bleh tanggung, mengundang nestapa kepada mereka yang "ter"sengaja, atau sengaja, atau ilmu masih tak sampai ke telinga dan mata mereka. Di bawah anda bleh tengok kerosakan yang boleh dihasilkan oleh laser kepada sensor kamera.




Kamera yang digunakan dalam video di atas adalah Canon 5D Mark II.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...