Tribute to Allahyarham Mohd. Hanif Bin Ngiring

Allahyarham Mohd. Hanif Bin Ngiring. (Gambar Ehsan : Azharul Husni Azhari, Koleksi Peribadi)
Tribute to Allahyarham Mohd. Hanif Bin Ngiring

Pagi 1 Syawal 1432, aku mendapat berita bahawa member dari zaman kecik aku meninggal dunia. Untuk pengetahuan korang, first thing yang korang rasa bila dapat tahu org yg rapat dengan anda meninggal, anda takde rasa apa sebab... u just don't know what to feel.

Lepas 2-3 jam, baru aku teringat, last time aku spent a good time ngan dia masa perlawanan bola Malaysia vs Singapore (2nd Leg). Tiba-tiba aku menangis. Dem. A friend of mine dah takde...

And then, reminiscence. Aku da kawan ngan Anep, agak lama... dari zaman sekolah menengah. Zaman cari kerja, zaman belajar (dia la yg sebok tanya aku dapat ke tidak UiTM, which is, masa tu dia da nak abis belajar.) then zaman kerja. Sesapa yang kenal dia dari dulu, tau la kenapa dia minat motor besar. 

Dulu dia pakai RG cabuk beb, handle kepak mcm motor Cina Bukit, ekzos Ah Hong Motor. Kena bahan memangjang RG dia tu. Hahahaha! Ada sekali tu, dia da masuk belajar kat Shah Alam, tup tup dia bangun lambat, pukul 7.50am, dari Keramat ke Shah Alam dia belasah 20 minit pakai RG dia. Bleh plak pastu dia tepon orang tua dia, bagitau da sampai. Memang mengamok lah orang tua dia kan??? Keramat-Shah Alam 20 minit naik motor (highway DUKE takde lagi time tu ye), so korang tau macamana obsesnya dia ngan kelajuan.

Lepas da belajar, dia apply kerja kat gomen dan dapat RTM. Dari situ la dia start beli motor besar. Aku tak sure, tapi aku banyak kali dengar dia eksiden, fork patah, calar balar, dah biasa aku dengar. Yang selalu aku cakap kat dia, "Nep, bawak slow² weh." - kalau aku ada motor besar, takde aku bawak slow punya. Tapi tu sekadar ingatan kat dia je.... Tak sangka aku, dia pergi sebab bawak laju... Anep.. Anep...

Anep time kerja (koleksi peribadi FB Allahyarham Hanif)



Anep ni degil orangnya, ego bleh tahan tinggi. Tapi dia tau jugak respect orang, bebudak kitorang ni ada je perangai memasing. Yang membuatkan si Anep ni lain dari yang lain, citarasa dia lah. Boleh plak dia datang lepak kat Abg Teh (port lepak kitorang, gerai burger tepi jalan) pakai satu sut racing motor! Kompem² ah orang tengok pelik. Ada la sorang dua budak kitorang sound "Kau ni apehal Nep pakai macam ni?" - bleh dia jawab, "kau ada ke?". Hahahahaha! Bukan pasal ade ke tak, tapi pelik woi!!!

Arwah dengan beberapa budak Abg Teh. (koleksi peribadi FB Allahyarham Hanif)
Bukan setakat pakai sut racing motor, ada sekali tu datang pakai singlet ngan kain pelikat. Tak pepasal je. Rupanya dia cabut lari kejap dari rumah, dia cakap ngan bini dia nak gi isap rokok kat luar, tup² sampai kat Abg Teh terus. Bengong siot mamat ni. 

Anep bertugas sebagai cameraman RTM, dan aku memang suka dengar cerita² journalist. Nak plak dia ni memang suka bercerita, layan dia punya cerita pasal assignments dia, memang 3-4 jam le. Ada sekali tu dia cerita pasal assignments dia kat Bam (tempat gempa bumi kat Afghanistan kalau tak silap aku) siap bawak turun lepak topi dari binatang hape tah. Aku pun tak tau. Punya la excited dia sembang, sampai kena beli rokok baru (aku yg ajar dia isap rokok Pall Mall menthol, sebab dia suka pau rokok orang, jadi dia segan nak pau bebudak lain, maka aku la mangsa pau dia sampai last² dia sendiri isap rokok sama cam aku. hahahha!)

Assignment ni la yg dia dok bercerita panjang lebar tu. Pasal assignment ni, dia menang award (aku tak ingat tapi ada la keluar Utusan) . (gambar koleksi peribadi FB Allahyarham Hanif)





Arwah dengan motor besar pertama dia.  (gambar koleksi peribadi FB Allahyarham Hanif) 
Arwah suka ngan motor besar. Dalam reramai budak kitorang, dia je yg pakai motor besar. Ada yang suka kereta, ada yang suka komputer, bla bla bla, dia suka motor besar. Jadi, dia suka la cerita pasal motor besar. Aku tak berapa sure motor ape dia ada, yg aku tau, motor last dia adalah yang ke-3 (which is, aku memang tak mampu la nak pakai salah satu pun. hehehe!).

Operasi memasang papan tanda majlis perkahwinan Hanif oleh bebudak Abg Teh. (gambar koleksi peribadi FB Allahyarham Hanif) 
Dah tugas dia sampai 1 Syawal saja, pemergian dia memang tak siapa jangka. Aku hilang sorang kawan yang gelak dia agak "rare", kawan dari sekolah yang sesama curi basikal (ala.... zaman kekecik bese la beb, hehehe...), yang keras kepala, dan baik hati sebenarnya. Semoga kau tenang kat sana Nep! Kami bebudak Abg Teh akan jaga balu dan anak kau seboleh yang mungkin, Insya Allah...

Allahyarham Mohd. Hanif Bin Ngiring, 1982 - 2011.
Semoga engkau ditempatkan di kalangan orang² soleh. Al-Fatihah.

4 comments:

Encik Amman said...

keep updated. alfatihah untuk beliau.. letak la badge followers.. leh la follow. hehe

Unknown said...

Adik aku yg xdpt ditukar ganti yg mempunyai perangai pelik2 tp menyeronokan.. :(

ApizEsa said...

Tribute to Allahyarham Anep Ngiring.. member yang masuk air

Unknown said...

Alfatihah.. trigt thn2 tdahulu chat dgn dia dlm fb.. bler baca kisah arwah.. lg trigt zama skolah yg dia kaki mngusik.. :(

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...