Movie : KL Gangster

Salam dan Hello semua.

Macam yang korang da tau, paper pun da keluar, Melodi pun da highlight, kat bawah ni poster cerita KL Gangster. Gangster KL ke KL Gangster? Memanalah! Janji cerita pasal gangster, bukan sekumpulan manusia yg nak berpiket atas kenaikan harga petrol, ok? 

Aku baru tengok tadi (gile lembab lah kau Hadi!) Lantak le, aku banyak keja lah. So tadi aku gi tengok jap takut² da takde nanti kat wayang, aku malas nak cari DVD. 


Poster KL Gangster.
Aku rasa ok je cerita ni. Syamsul Yusof eh pengarah dia? Kalau nak dibandingkan dengan apa yang Malaysia dah ada sebelum ni, movie ni kira ok beb. Cuma ada few things yang tak ok lagi. Kamera tak fokus bebetul, ada blur sket kat muka Malek masa dia gi jumpa King (keta Fadil baru lepas kena letup tu).

Dan aku tak rasa dia cover all the parts. Gengster nya hanyalah pada perangai diorang, gaduh gaduh gaduh. Aktiviti kenapa diorang gaduh, apa bisnes yg diorang dok sebut² tu tak ditunjukkan sangat, and few things lah. Dan gengster kat KL (serta gengster Hong Kong) kalau gaduh, turun 3-4 bas weh! hahahhaha! bukan 5-6 orang je. Gila kau 5-6 orang nak gi langgar tempat orang, jadi mayatlah weh!!!!

Yang aku paling suka dalam cerita ni sampai buat aku nak pegi tengok,  sebab takde bab² cinta antara lelaki dan pempuan, pasangan kekasih laaa... So aku suka! WohohhH!!!! Ini dok meleweh² cinta dikhianatilah ape lah, buang masa aku je. Eh back to the story. Dalam ni cinta yang dia highlight, cinta kekeluargaan lah. Pasal si Malek ni cari balik adik² dia, tolong mak dia balik, ok la. I like bak kata omputih.

Cuma satu aku tak berkenan, lainkali nak buat cerita sila exaggerate boleh tak? Belajar sket dengan citer Jepun. Biar tak logik tapi menghiburkan! Ini choreography bab gaduh, sama je. Cis! Buat la move lain plak, ni tumbuk laju² kat perut sampai ulang banyak kali, huh tak best! Bab Malek siku 2 gengster kat Pasar Borong Selayang tu aku suka! Baru la entertainment!

OK, pada yang nak pegi tengok (poyo la kau, dia keluar 9 Jun, kau tengok 27 Jun, nak suruh orang tengok ape? Suruh diorang beli DVD haram suda.. hahahah!) pegi la. OK untuk hiburan dan juga support si Syamsul Yusof ni untuk filem number 2 ni. Baru la dia bleh upah ramai pelakon tambahan, bajet da besar sikit. Kalau korang nak filem Malaysia tapi kualiti Hollywood, aku sarankan baik korang cermin diri dulu, u give peanuts u got monkey la dey!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...