www.hnadstudio.com

Salam semua. =)

Masya Allah... Aku sendiri tak ingat bila last posting blog ni! lama gilaaaaaaa aku tinggalkan blog personal aku nih!!!!! Hahahahha!! Oh, sebenarnya aku ada terlalu banyak cerita nak share since the last time aku post =) ......... Ok dah check. Last posting aku pada bulan Feb 2010. Hmmm... masa tu aku kerja ngan abang ipar aku. Gila laaa.. setahun lebih!!!! Macam² benda terjadi sepanjang tu! Hmmm... let see..

Lepas keja ngan abang ipar aku, bulan 4 aku berenti. Pastu aku masuk interior design firm, sampai la raya, dalam bulan 9. pastu aku berenti gak. Mungkin aku tak sesuai kerja ngan orang, so aku kerja lah sendiri! HAHAHAAHAHH!!! Camni cerita dia...

Masa tu, aku sedang kerja di Axis Identity, sebuah firma rekabentuk dalaman yang terkemuka (ceh...) , ketika itu kepala aku penuh dengan idea dan macam² perkara. Membuatkan aku tak fokus pada kerja. Asik mengelamun sambil buat kerja. Yang selalu sedar perkara ni adalah supervisor aku, tapi cara dia tegur aku tak best. Ada ke dia kata ,

"Hadi, are you high?"

"Eh, taklah kak S***. Kenapa tanya macam tu?"

"Akak tengok awak ni banyak mengelamun, dreaming."

"Takde lah kak.."

Aku malas lah nak betah ke ape ke, walhal memang aku tengah processing new inputs dari visual² lama dalam kepala aku yang direcall (ape kau cakap ni hadi....) , jadi mengelamun adalah bahasa paling tak sesuai sebenarnya. Cakap la visualizing ke, imagine ke, kan? dah la kata aku mengelamun, siap kata tanya aku high ke, kecik hati aku... hehehe!!!

Tiba² kawan aku call ajak lepak. Yup, Azhar Dahalan nama dia. Tah apsal tiba² dia ajak lepak. Aku ok aje lah. So, masa lunch aku pun lepak ngan dia kejap. Ohh.. dia nak ajak shoot anak dia yg baru lahir. Nice~ Newborns! Sembang sembang sembang, ok deal. Hari sekian sekian sekian, jumpa dan shoot anak dia. Abis dah diskusi, Yey! Abis lunch boleh sambung visualizing sambil buat kerja! =P

After some times, aku pun fikir punya fikir. OK lah malas nak fikir. Tiba je pada hari yang dijanjikan, shoot², abis, lepak lagi. Dan si Azhar ni tanya aku :

"Apsal kau tanak buat fulltime photo?"

"Aku tak berani lagilah~"

"Side job photo yg on-running, ada?"

"Ada. 1 je. Tapi ada gak terpikir nak buat fulltime. "

"Apa kata kita buat sama-sama? Aku bukan takleh buat sorang, tapi aku nak ada orang yg leh push aku. "

"OK je, aku memang ada terpikir nak buat partnership, masalahnya nak cari yang faham partnership lah yang problem."

"OK, camni, aku kena balik sebab nak (aku lupa sebab ape, sori beb! hehehehe!), nanti kita discuss lagi k?"

Orait. This part membuatkan aku terfikir over and over and over again. If we gonna do partnership aka business, we have to rebranding, study markets, and so on. Benda yang paling aku fikirkan, branding. Masya Allah.... habis semua buku, magazine, website, aku geledah. tengok what kind of brand yang kami nak portray. Agak lama aku mencari branding² ni, sebab bukan senang nak berniaga without a brand. Risk is a risk, memang berani nak amik risk, but calculated risk lah kan? Study punya study, aku lupa.... ape hal nak study branding kalau takde nama brand??? Dah macam ape tau? Ibarat kita pegi kedai order nasi, tapi tak cakap pulak nak makanan macamana. Nasi goreng kah? Nasi ladna kah? Mesti lah susah sebab takde konsep utama. Orait! skang kita fikir nama! hahahahha!

Selepas seminggu tu, time tu dah dekat raya (lupa nak bagitau, hal ni jadi dalam bulan Ramadhan), Aku call Oboy (Oboy tu si Azhar Dahalan la...) ajak lepak sebab ada benda aku nak bagitau. Then, sampai je mapley (malam ok, jgn ingat aku tak puasa lak!) Aku pun cakaplah hal yg aku nak bagitau tu...

"Boy, aku nak bagitau ni, "

"Ape nye?"

"Pasal business kita tu, aku ada berita best!"

"Amenda?"

"Aku dah berenti kerja."

"HAH?! Apsal?"

"Aku nak buat fulltime photo."

Yep. I'm giving up my so-called stylo job for my own satisfaction and dreams. Sesungguhnya ia satu keputusan yang diluar jangkaan aku sendiri. Tapi, kalau aku tak habis² fikir, bila aku nak mula? kan? Dan sejak dari tu la aku secara officialnya sebagai jurugambar sepenuh masa! Yeeeeeha! Hahahahaha!

Long story short, maka wujudlah HNAD Studio sebagai sebuah studio seni yang mensasarkan hasil kerjaseni secara tawaran servis atau pengamal seni. Kebanyakan job sekarang, more to photography but then, we really wanna HNAD Studio grow up based on demand, bukan ikut sedap kami. Aku still nak practice Industrial Design aku, buat kerusi! suka beb design kerusi! Oboy suka videography, so that's why we called HNAD Studio, not HNAD Photography, photography is one of the products =) , don't get confuuuuuuused!

So that's the reason for why aku tidak post new entry. =)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...