Macam Ni La Rupanya Bila Superman Pusing² Pegi Tempat Lain

Macamana laaa rupanya bila Superman nak ke tempat lain kan? Bleh terbang² pegi sana sini. Mesti nice gila dapat tengok bumi dari atas. No worries, anda kini boleh tengok sket mcmana rupanya pandangan Bumi dari atas dalam video ni.

Video time-lapse ini diambil dari International Space Station (ISS) semasa ia mengorbit Bumi time malam. Ia bermula di Lautan Pasifik dan kendian ke Utara dan Selatan Amareka (sebut stail Amir Raja Lawak) sebelum masuk ke bahagian siang di Antartika.

Yang bestnya, bahagian kuning² terang tu menandakan bandar² di waktu malam, dan warna putih kelip² tu pulak adalah petir atau kilat. Juga kelihatan dalam time-lapse ni adalah lapisan Ionosphere (berwarna kuning halus) dan sedikit bahagian ISS. Bestnyaaaa jadi Superman!!! 


Idea Best Beg Anti Ragut Untuk Jurukamera


Kejadian meragut, samun, merompak, mencilok dan mencuri adalah satu kegiatan tidak sihat yang amat ditakuti oleh semua photographers, lelebih lagi mereka yang terpaksa membawa backpack dengan full equipments untuk bergerak. Penyamun dah bijak sekarang ni, dah kenal brand beg yang digunakan photographers. Sungguh tak best. Bukan seringgit dua harga satu beg tu kan? Dengan gears dalam tu yang hilang, boleh membuatkan anda nangis tidak berlagu.


Vanila & Lace, satu blog ni memberikan anda idea untuk mengurangkan dan menjadikan anda bukan sasaran utama perampok². Alamak sori la eh, ni dia bagi idea pada jurugambar perempuan. Aku percaya, jurugambar lelaki boleh tukar ia dengan beg lain. Korang kan kreatif. Check the pics below.





Nice kan? Ingatkan dalam ni penuh ngan barang mekap, sekali bukak² 1Ds Mark IV! wuuuhhhhh!!!!

Korang boleh dapatkan methods atau camne diorang buat beg ni kat sini.

Nikon Pun Ada "White" Lens


Lens telephoto atau lens pepanjang untuk kegunaan zoom² dari jauh berwarna memang dah banyak atau sinonim dengan brand Canon. Kebanyakan tele lens Canon gunakan warna putih sebab untuk mengurangkan kepanasan.sewaktu bekerja di bawah panas mentari. Ye lah, kalau dah duduk tepi padang, atau tepi race track di siang hari, takkan la tak panas kan? Sebab tu la ia bewarna putih.

Nikon pun ada jual lens warna putih, tapi lebih dikenali dengan warna "light grey". Lens AF-S ED 70-200 f/2.8G VR ini dijual oleh shrewd25 di eBay dengan harga yang ok la, takde mahal sangat. Lepas ni korang buleh la check atau cari lens Nikon putih, jangan lupa, ia bukan "white", ia "light grey".

Nak jugak warna putih... hahahaha!
Sian geng Darkside, hehehehe...

(source : Nikon Rumours)

Gambar Bayi Baru Lahir dari Tracy Raver


Pada ibu² mengandung atau sesapa yang kenal mana² bakal ibu baru, ada seorang photographer dari Bandar Omaha, Nebraska, mempunyai seni merakam newborns yang best. Tracy Raver, mempunyai idea baru tentang newborn photography seperti bayi menongkat dagu sambil tersenyum, dibalut dengan kain dan kemudian digantung (kalau kat Malaysia, memang tak dapat lahhhhh~), buh dalam basket full of furs, etc.

Aku pernah shoot newborns, dan aku admit, ianya memerlukan kesabaran di tahap gaban dan memerlukan pengetahuan dalam mengendalikan bayi. Selain dari kena air kecil mereka, menangis adalah salah satu lagi faktor anda perlu bersabar tahap gaban.

Untuk lebih mudah, pastikan anda mula shoot pada mereka berumur 1 hari pertama sehingga 14 hari. Masa ni, tubuh mereka masih lagi boleh di"pose"kan dan tidak melawan, selepas jangkamasa tu,  mereka akan mula berinteraksi kepada sekeliling dan badan mereka sudah mula "aktif". Itu yang aku baca sebelum nak shoot newborns lah. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh la ikut workshop diorang atau, ajak Tracy Raver ngeteh.

Jom layan gambar² Tracy Raver.










Rasa nak picit² je!!!!!! Eh, kalau nak tengok lagi gambar² Tracy Raver sila klik kat sini.
Untuk link Flickr dia, klik sini.

( thanks a lot to Tracy Raver for the permission! )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...