Potraiture Outing : Ais Rashid + Yunida Che Yaacob.

Salam! Yeaaaahhhhrggghhhh!!!! Bertemu lagi dalam blog aku yang sungguh lembab ini. Heheheheh! Sori la..aku sedikit bz la kebelakangan ni. Namun masih sempat lagi aku meneruskan kerjaya seni dalam bidang fotografi! Kali ni aku nak share sket pasal outing potraiture.

Outing ni diadakan pada 23 Januari 2010, untuk sesi pertama bersama model Ais Rashid , bertempat kat Ladang Ternak UPM (yang mana kitorang redah je...takde permission! muahahhhah! Belasah aje la...bukan nak curi lembu2 kat situ pun!)

Lokasi Kejadian Dari Pandangan Jauh.

OK, pertama sekali, lokasi ni dipilih kerana keunikan dia yang tersendiri. Rasanya takde lagi tempat macam ni kat Malaysia. Kalau korang tau, bagitau la ye? Lokasi adalah kritikal bagi jurugambar yang ingin mencapai konsep dalam menghasilkan gambar yang dikehendaki. Aku memang dah lama dan teringinnnnnnn sangat shoot kat sini! Dapat gak akhirnya! Wohhoooo!! Pembukaan 2010 yg aku kira menarik la kan... Seramai 6 orang jurugambar masa tu: aku, Casanova, Yus, Jamie, Madi dan Arie.

Casanova Sedang Melihat Keadaan Sekitar (Banyak tahi lembu kat sini...jaga-jaga Cik Salmah!)

Lepas dah tengok2 keadaan sekeliling, baru la shoot2. si Ais ni plak, dah nama pun model, senang bekerja ngan dia. Seronok buat kerja macam ni! Sib baik la dia dah biasa, kalau tak jenuh gak la...panas gile beb masa shoot ni! Tapi yang bestnya, kat sini beranginnnnn je...atas bukit la katakan. Maka tak kisah la panas skit pun!!!

Ais Rashid sedang bekerja. Senang betul la model camni...

Baring pulak...Casa ekjas menda tu weh? Ekjas rambut la...

Tengah sedap2 shoot tu. Datang pulak pekerja ladang ternakan..Apa lagi, buat2 tak bersalah la weh! Hahahaahahah! Makin lama makin dekat, dia pun berenti. Tapi ok la...dia cakap lelembut je. mungkin dia dah biasa la jumpa mangkuk2 yang suka amik gambar kat sini. Tak kisah la kan mangkuk ke, cawan ke, janji dah dapat gambar!

"Encik semua dah melanggar undang-undang tau. Tapi kalau nak pukul saya, pukul sorang2 la ya. Tak aci la pukul ramai-ramai..." - dialog rekaan semata-mata.

Dah macam tu cerita dia, apa lagi, balik la weh...heheheh! Walaupun kena halau, tapi sempat jugak la dapat apa yg kitorang nak. Tu yang puas hati! Bebanyak terima kasih pada Casanova, Madi, Yus, Arie dan Jamie sebab menceriakan suasana, bersaing, menyediakan props, pinjam lens, kenakan aku, apa lagi eh? Yaa...tima kasih jugak kat Ais Rashid yang memang tak banyak songeh dan professional dalam menjalankan kerja!

" Jadi, nak ke mana ni? Amik gambar sudah, kena halau pun sudah. Jom gi makan!!!! "

OK, mana citer si Yunida? nanti aku tambah. sebab aku takde idea nak edit. Hehehehe! kat bawah ni serba sikit hasil shoot hari tu. Si Nida tu nanti aku tambah k? Thanks pada korang yg sudi jengok dan tengok!!
____________________________________________________________________


* Credits to Arie, Casanova, Madi, Jamie, Yus and Ais Rashid.

1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...